CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipuji Jujur Sebab Pulangkan Duit Hampir RM10 Ribu Jumpa Di ATM

5-4-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 966| Komen: 6

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand dipuji kerana kejujurannya selepas dia memulangkan wang 75,500 baht (RM9,697) yang ditemui di mesin teller automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Bangkok kepada pemilik asalnya.


Thaiger melaporkan, balai Polis Lampakchee mengumumkan di laman Facebook rasminya bahawa Abdulrorsa Alqasim yang merupakan pemuda Thailand berusia 22 tahun itu adalah warganegara contoh dan inspirasi kepada komuniti Lampakchee.

Pada Ahad lalu, kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan), Abdulrorsa memberitahu polis bahawa dia telah pergi ke stesen minyak di Jalan Chueam Samphan, daerah Nong Chok, Bangkok untuk mengeluarkan wang daripada ATM Siam Commersial Bank.


Foto: Thaiger

Apabila hendak memulakan urus niaganya, dia perasan ada wang tertinggal di dalam dispenser wang tunai.

Dia kemudian mengeluarkannya wang tersebut dan dan membawanya ke Balai Polis Lampakchee untuk mencari pemiliknya selepas berurusan dengan ATM tersebut. 


Pegawai polis yang menyiasat kes itu dan mendapati pemilik wang tersebut adalah seorang lelaki Thailand, Kriangsak Kliangtrakoon. 

Pegawai itu kemudian menghubungi Kriangsak yang segera bergegas ke balai polis untuk mendapatkan wang tersebut.

Kriangsak mendedahkan bahawa dia pergi ke stesen minyak itu untuk mendepositkan wangnya dan menyangka transaksinya berjaya serta terus meninggalkan ATM tanpa mengambil wangnya.

Dia melahirkan rasa terima kasih kepada Abdulrorsa atas kejujurannya dan kepada Balai Polis Lampakchee atas bantuannya dalam perkara itu.

Pegawai polis dari Balai Polis Lampakchee, Superintendan Nirutchapon Yothamart menyatakan Abdulrorsa wajar diberi penghormatan atas tindakannya itu dan dia diberikan sijil bagi memuji perbuatannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-4-2023 11:00 PM
Baru nak kagum.
Sekali bukan dkt Malaysia daaah
Quote venom1 6-4-2023 08:09 AM
sijil je? hehhee
Quote sangbara2020 6-4-2023 08:48 AM
kat msia jgn le....
Quote supernaturalee 6-4-2023 11:35 AM
waaa atm dia
ada ropol2 scallop lagi

Quote tripleid 6-4-2023 01:41 PM
Edited by tripleid at 6-4-2023 01:48 PM

meanwhile di negara serambi mekoh...pantang tgk org ttinggal duit/kad atm terus enjoy shopping spree

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061841 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top