Kematian seorang lelaki dalam satu kemalangan di Kilometer 32.6, Lebuhraya Karak mencetuskan tanda tanya apabila hanya lori dipandunya sahaja ditemui di lokasi kejadian. Difahamkan berdasarkan kerosakan pada lori, kenderaan itu merempuh sebuah kenderaan lain namun pasukan penyelamat melaporkan tiada kenderaan lain ditemui sejurus tiba di lokasi kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, kemalangan dipercayai berlaku jam 1 pagi membabitkan lori tiga tan Isuzu dipandu mangsa dan kenderaan lain yang tidak dapat dipastikan jenisnya. "Setibanya di tempat kejadian pemandu berusia 43 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di lorong kiri. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang, di sini untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. "Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812," katanya. Sumber: Harian Metro
|
blastoff replied at 5-4-2023 09:32 AM
mati berlambak2 dalam berbagai situasi keadaan haihhh ......semua disahkan sebagai mengejut ...... S ...
dua_chzy replied at 5-4-2023 07:40 PM
Orang2 yang aku kenal satu persatu pergi tiap bulan. Motif sangat. Yang sihat slim dari aku pula t ...
pooh~key replied at 6-4-2023 08:42 AM
Teori mister belastoff membuahkan hasil satu persatu sis! The end has come sis!
blastoff replied at 5-4-2023 05:32 PM
mati berlambak2 dalam berbagai situasi keadaan haihhh ......semua disahkan sebagai mengejut ...... S ...
scorpionkiki replied at 6-4-2023 08:57 AM
Lori tu kena cucuk vaksin ka blast...sbb lori tu mcm langgar something
blastoff replied at 6-4-2023 12:52 AM
Kalau guru mati ada masuk ucapan takziah ke facebook jabatan pendidikan dak ? Boleh tahu ramai mana ...
annehuda replied at 6-4-2023 09:08 AM
microsleep ni dari dulu lg dah ade dah. tapi ada jugak nk kaitkan ngan vaksin. site supervisor aku t ...
dua_chzy replied at 6-4-2023 09:14 AM
Yah, wajib. Tapi idok la aku mengira berapa ramai yang mati. Kat sekeliling aku yang mati bukan se ...
ADVERTISEMENT