CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musa Hassan Dah Tak Bercakap Dengan Isteri, Pengurusan Kes Nusyuz Pada 24 Mei

5-4-2023 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2326| Komen: 27

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 24 Mei ini bagi pengurusan kes permohonan nusyuz bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil.


Peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim yang mewakili Elly Afizahwati, ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihaknya melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dan penyerahan dokumen terbabit kepada plaintif (Musa).


Foto: Kosmo

“Kita juga akan mengemukakan tuntutan balas ke atas pihak belah sana. Kita ikut sahaja perjalanan kes ini nanti. Untuk tarikh akan datang ini, kita akan serahkan dokumen dan melengkapkan apa yang patutnya,” katanya.

Sementara itu, Musa, 72, yang turut hadir memberitahu sejak isu ini dibawa ke mahkamah, beliau tidak lagi berkomunikasi dengan isterinya itu.

“Tiada apa pun setakat ini, tidak bercakap pun. Kita ikut sahajalah prosedur mahkamah,” katanya sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah.


Terdahulu Musa memfailkan nusyuz terhadap isterinya atas alasan wanita itu ingkar dan tidak taat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tuntutan cerai, Elly Afizahwati, 42, berkata, dia tidak mengubah keputusannya.

Sebelum ini, Elly Afizahwati memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Mac lalu.

Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lapan tahun, yang juga bekas ahli perniagaan, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyenLemas 5-4-2023 11:13 PM
30tahun beza nya pun
Quote acik79 5-4-2023 11:46 PM
OyenLemas replied at 5-4-2023 11:13 PM
30tahun beza nya pun

Beza banyak sgt ni payah sbb fikiran tak sama… kan?
Quote B40tastePosh 6-4-2023 12:16 AM
Lelaki umur 60 tahun pun masih subur.
Quote kuchenta_81 6-4-2023 06:01 AM
Akhirnya dapat juga tengok wajah Elly hehe
Quote DARSITA 6-4-2023 06:22 AM

Tak ada faedahnya membincangkan masalah bekas polis ni. LAntak hang la ..nak berbini cari yang muda sebaya anak, janda anak berderet bukan taste kan? so padan ler muka hang!

Mmg anak2 lelaki arwah ustaz Hassan ni suka berbini ramai agaknya.
Quote jazaa100 6-4-2023 08:39 AM
Lahaiiii.....

Dia tak berckp dgn bini dia pun blh jd isu...

Ramai je laki yg dgn bini tak bercakap....tapi kain bini tetap dia singkap....


Quote umbut 6-4-2023 09:12 AM
Kesian acik elly.. rampas laki org, hujung2 musa sediakan rumah buruk je. Ingat kaya lah kan.. tansri katanya
Quote naina 6-4-2023 09:40 AM
umbut: Kesian acik elly.. rampas laki ...


Yeke? Bukan ke wife pertama tan sri meninggal dulu baru dia kawen lain?
Btw muda ya acik Elly ni. Umur 42 pun nampak lawa..mesti lah lawa gebu2 je dulu masa kena ngorat. Plak tu umur tan sri 60 tahun baru pencen.
Quote umbut 6-4-2023 09:57 AM
naina replied at 6-4-2023 09:40 AM
Yeke? Bukan ke wife pertama tan sri meninggal dulu baru dia kawen lain?
Btw muda ya acik Elly ni. ...

Bini pertama mati tahun 2019. Kahwin ngan acik elly dah 10 tahun masa umur 32.
Quote Simunggu 6-4-2023 10:02 AM
tua tua pun ada masalah mcm ni....kasian
Quote lifeline 6-4-2023 10:18 AM
dgr suara kt video dgn muka dia mcm x seiring
dgr suara mcm acik2 gundu pakai kain pelikat rambut serabai je gayanya
tp aku lagi kesian kt TS ni anak dia buat dia mcm tu je
didikan xde agaknya
sian budak tu
Quote ifanonline 6-4-2023 10:21 AM
jazaa100 replied at 6-4-2023 08:39 AM
Lahaiiii.....

Dia tak berckp dgn bini dia pun blh jd isu...

singkap kain wajib...berdosa kalau tak singkap...
Quote Decaffeinated 6-4-2023 10:25 AM
lubuk menambah dosa di bulan romdan yang mulia

dibuka khas oleh editor cari yang terlupa kata2 disclaimer di hujung thread mengingatkan ummat islam dilarang keras mengumpat
Quote afie_m 6-4-2023 10:33 AM
lifeline replied at 6-4-2023 10:18 AM
dgr suara kt video dgn muka dia mcm x seiring
dgr suara mcm acik2 gundu pakai kain pelikat rambut se ...

uik, anak2 buat apa kat TS ni, tertinggal keretapi..

Quote lifeline 6-4-2023 10:50 AM
afie_m replied at 6-4-2023 10:33 AM
uik, anak2 buat apa kat TS ni, tertinggal keretapi..

anak dia dgn bini yg ni
yg kecik tu
kan di pukul2 nya TS masa kejadian tu
pukul style budak2 la
tp still la xelok nmpk
Quote afie_m 6-4-2023 11:14 AM
lifeline replied at 6-4-2023 10:50 AM
anak dia dgn bini yg ni
yg kecik tu
kan di pukul2 nya TS masa kejadian tu

oo..ingat anak dgn 1st wife ..tapi cantik juga wife yang ni, TS tapi tgk umah bini ni mcm biasa ja




Quote zorrro_03 6-4-2023 12:46 PM
DARSITA replied at 6-4-2023 06:22 AM
Tak ada faedahnya membincangkan masalah bekas polis ni. LAntak hang la ..nak berbini cari yang muda ...

tak payah laa nak padankan muka orang kak.  kita tak tahu apa tekanan depa dua orang.  doa yang baik2 kan lebih elok.
Quote KirazMevsimi 6-4-2023 01:15 PM
jauh jarak umur. yang bukan bukan. moga selesai dengan baik dan aman segala konflik
Quote naina 6-4-2023 01:21 PM
umbut replied at 6-4-2023 09:57 AM
Bini pertama mati tahun 2019. Kahwin ngan acik elly dah 10 tahun masa umur 32.


Perghhh tersakiti ya isteri pertama masa tu ya. Ngam² pencen kawen baru plak

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.057350 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top