Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan (DOF) menafikan hebahan mengenai ikan tilapia tidak selamat dimakan dan menyebabkan kanser. Menerusi satu kenyataan, DOF berkata pihaknya sudah menerima satu hebahan palsu melalui media sosial WhatsApp berbentuk poster mengenai ikan tilapia yang didakwa memberi ancaman kepada pengguna.
Katanya, hebahan palsu terhadap ikan tilapia sering ditularkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi menakut-nakutkan penggemar ikan itu di negara ini. "Ikan tilapia adalah ikan air tawar yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia selain ikan keli. "Melalui poster yang ditularkan itu, ikan tilapia didakwa tidak selamat untuk dimakan dan menyebabkan penyakit seperti kanser. "Dakwaan mengatakan tilapia adalah ikan yang tidak bertulang dan tiada kulit juga adalah dakwaan yang tidak berasas, kerana terdapat negara seperti Brazil yang menggunakan kulit tilapia untuk membuat dompet, tali, beg duit, kasut dan lain-lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan ikan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan. Menurut kenyataan itu, genetically modified (GM) soya dan jagung digunakan di dalam makanan rumusan ikan bagi mengurangkan penggunaan tepung ikan dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Norway dan European Union. "Tumbuhan ini sudah digunakan secara meluas dalam makanan rumusan salmon, tilapia dan kap. "Tiada laporan secara spesifik berkaitan kesan negatif kepada manusia yang memakan ikan tilapia yang diberi makan GM soya atau jagung oleh FAO (Food and Agriculture Organisation), CODEX dan USFDA (United States Food and Drug Administration). "CODEX, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan FDA sebagai organisasi yang bertanggungjawab pasti menyedari kesan dan akibat sekiranya ikan tilapia tidak selamat kepada pengguna," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Duta lover replied at 5-4-2023 11:43 PM
Hmm sebenarnya rasa rimas dgn puak2 yg suka demonizing makanan.
Contoh .obses dgn makanan organik.
T ...
Duta lover replied at 5-4-2023 11:43 PM
Hmm sebenarnya rasa rimas dgn puak2 yg suka demonizing makanan.
Contoh .obses dgn makanan organik.
T ...
rain2169 replied at 6-4-2023 08:22 AM
seriousla korang... ikan penyebab cancer..?
I ni memang suka makan ikan.... all kind of ikan...
Duta lover replied at 5-4-2023 11:43 PM
Hmm sebenarnya rasa rimas dgn puak2 yg suka demonizing makanan.
Contoh .obses dgn makanan organik.
T ...
ADVERTISEMENT