CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Hidap Skizofrenia, Dua Anak Sakit Dan OKU- Bapa Hanya Mampu Bagi Bayi Air Bancuhan Susu Pekat Manis

5-4-2023 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3599| Komen: 69

Mersing: "Jujurnya saya tidaklah sekuat mana. Namun tanggungjawab ini harus dipikul selepas saya bergelar suami. Sesukar mana sekalipun ujian, saya percaya pada ketentuan Allah SWT," ujar Muhamad Firdausi Nasaruddin, 35.


Dia yang menetap di Kampung Mersing Kanan, di sini, diuji apabila isterinya, Siti Asmahul Husnah Maarof, 29, menghidap skizofrenia iaitu masalah kesihatan mental dan kebimbangan melampau.

Selain itu Muhamad Firdausi turut memiliki anak sulungnya, Muhammad Furqan Dzulqarnain,10,yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori autisme selain turut mengalami masalah 'Arthritis' pada bahagian sendi lututnya.


Foto: Harian Metro

Manakala anak keduanya, Muhammad Arjuna Muttaqin, tiga tahun, disahkan mengalami masalah lewat perkembangannya (GDD) dan 'Ganglion Cyst' pada sendi pergelangan tangannya.

Anaknya itu masih menunggu tarikh dari Pakar Ortopedik untuk pembedahan.


Akibat kerana kesempitan wang, Muhammad Firdausi hanya mampu memberikan air bancuhan susu pekat manis untuk diminum anak kedua dan anak bongsunya, Maleeqa Nur Sofea yang baru berusia sebulan.

Menyelami isi hati Muhamad Firdausi, dia mengakui ujian ini amat berat namun hanya mampu meneruskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

"Isteri saya asalnya normal namun keadaan menjadi semakin teruk sejak melahirkan anak kedua.

"Sejak awal kehamilan anak kedua lagi, saya mula perasan isteri mengalami simptom 'anxiety' namun saya berfikir itu hanyalah perkara biasa sehinggalah doktor mengesahkannya.

"Setiap kali kami keluar dan menunggang motosikal bersama, dia berasa akan berlaku kemalangan sedangkan tiada apa-apa yang berlaku.

"Buat masa ini, dia hanya bergantung dengan ubat-ubatan disyorkan doktor psikiatri yang merawatnya.

"Oleh kerana emosinya tidak menentu , kedua-dua anak istimewa itu perlu dijaga saya sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Jika diberi pilihan, Muhamad Firdausi mahu keluar bekerja bagi menyara keluarga.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berbuat demikian kerana isteri dan anaknya memerlukan perhatiannya.

"Sebelum ini, saya hanya membuat kerja kampung dan khidmat mencuci rumah dengan bayaran seikhlas hati demi menyara keluarga.

"Kini saya diberi upah memberi makan anjing peliharaan baka German Shepherd milik seorang individu pada setiap pagi dan petang. Waktu kerja singkat, jadi saya tak bimbang untuk tinggalkan anak dan isteri di rumah.

"Ada yang mempersoalkan kerja saya. Tidak kurang juga mengatakan saya malas dan sebagainya," katanya.

Di sebalik ujian itu, Muhamad Firdausi bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kesihatan yang baik untuk menjaga dan menguruskan anak dan isteri.

"Buat masa ini, saya sekeluarga tinggal sementara di rumah sewa mentua. Motosikal yang ada pun milik ibu mentua. Hanya itu sahaja kenderaan yang saya gunakan untuk bekerja.

"Saya terpaksa membawa anak dan isteri menaiki bas setiap kali mahu mendapatkan rawatan pakar di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk isteri dan Arjuna (anak kedua).

"Meskipun begitu, saya tidak pernah terfikir untuk menyerahkan anak saya kepada sesiapa kerana tak sanggup berpisah dengan mereka," katanya yang menerima elaun kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan dan bantuan segera dari Baitulmal.

Ketika orang lain teruja menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi, Muhamad Firdausi pula masih memikirkan bagaimana mahu terus bertahan dan mengakhiri kepayahannya.

"Tiada persediaan pun untuk raya nanti, kami sekeluarga hanya pakai apa adanya saja nanti.

"Jika ada sekalipun, saya akan dahulukan anak dan isteri kerana keperluan mereka yang lebih utama," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 01096020289743 atas nama Siti Asmahul Husnah Maarof atau menghubungi Muhamad Firdausi di talian 014-924 8227. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 5-4-2023 04:50 PM
Dh tau bini sakit pun hmmm
Quote prettyuglybabe 5-4-2023 05:03 PM
mental mental pun bertambah anaknya..
lagi pulak anak yang dua pun OKU..
hmm...
Quote Orix 5-4-2023 05:07 PM
jangan lah beranak kalo kewangan x kukuh. haih
Quote matchstick 5-4-2023 05:11 PM
Tgh puasa ni aku pun hmmm jgk la...
Quote shernazz 5-4-2023 05:50 PM
Iols mampu berhuhu jelah..
Quote AyeL87 5-4-2023 05:54 PM
hmmmmmmmm ntah laaa nokkk
Quote honeybee1802 5-4-2023 06:01 PM
Aduhai...kesian..tp tu le...ptt boleh rancang utk tak mengandung...sbb pregnancy pun boleh bg swing kt bini dia...
Quote syamzana 5-4-2023 06:35 PM
ade ye laki sebegini.
mak kwn iols disahkan skizo lepas beranakkan kwn iols. actually before tu ada dah unsur2 meroyan tu (tp org kg kata kene buatan org) lg plak kejadian thn hjg 70an di kelate skizo2 ni xdop org tau
lepas disahkan skizo tu tup2 kwn iols ada lg 3org adik bawah dia
dia pun huhuhu je la ms tu kecik tatau apa. yg kesiannya dia+adik2 mmg xpernah rasa ksh syg mak sgt dah maknya tak sihat (dok dialam sendiri je). ayah plak tkg kayu kdg keje kdg tak. kakak sulung terpaksa brenti uni, kerja. adik bradik ada 8org.
masa iols jmp maknya pun masih sebegitu tp dah tua laa time tu. last 2yrs meninggal. ayah dia agak selfish ye ke sbb org tua kuat merempan tatau la. iols plak rengsa time jmp tu
Quote green~tea 5-4-2023 06:49 PM
Orix replied at 5-4-2023 05:07 PM
jangan lah beranak kalo kewangan x kukuh. haih

Genetic satu hal.. mak schizo... anak autism (high chances anak membesar ada masalah mental disorder juga nnti sbb autism ada masalah comm)..

Anak no 2 pun cacat.. anak no 3 baru 1 bulan, biasa umur 6-12 bulan baru bleh detect cacat ke tidak


Kesimpulannya.. jangan lah beranak kalo lagu ni
Quote totokreturn. 5-4-2023 08:37 PM
green~tea replied at 5-4-2023 06:49 PM
Genetic satu hal.. mak schizo... anak autism (high chances anak membesar ada masalah mental disord ...

sampai hati cakap lagu tu
Quote nazzse 5-4-2023 08:42 PM
Wait bini skizo, anak 2 oku menumpang rumah in law tapi sempat lagi menambah sorang lagi,  Fokus yg ada sudahlah oiii
Quote penmerah 5-4-2023 08:48 PM
Laki Bini muda lagi... Haruslah Masih kuat 'bertenaga'
Bini pun lawa juga
Harap abang bawak Bini pi ikat peranakan
2 org anak Ada penyakit. Yg ke 3 Masih baby harap takde penyakit

Kalau tak merancang Dan ditakdirkan semua anak berpenyakit (Minta simpang) abang juga yg susah

Moga Ada org nasihatkan abg somi isteri
Quote farhani87 5-4-2023 09:48 PM
Ni kalau dekat, iols dah ambil anak dia jadi anak susuan. Kesian lah baby kena minum susu pekat manis jer.
Quote clarizsa 5-4-2023 10:06 PM
Malas la tu
Alasan macam2 menyampah baca
Bini mental pun hang pulun sumbat benih
Mendapatla baka2 bermasalah jugak
Berhenti membiak je lah haish
Quote scidbu 5-4-2023 10:25 PM
Anak kan pembawa rezeki
Quote green~tea 5-4-2023 10:27 PM
totokreturn. replied at 5-4-2023 08:37 PM
sampai hati cakap lagu tu

Mcm arwah mak i sakit dulu, doc pun rilek2 je advise jgn tambah anak atas sebab kesihatan and penjagaan kebajikan anak... so ok je parents i follow advice.. bunyi kejam.. tp anak2 terjaga takde terabai
Quote azimodin 5-4-2023 10:34 PM
Adoi... kesian memang kesian tapi dah sakit sejak mengandung nombor 2. Orang yg dalam  tempoh rawatan mental disorder memang doktor x galakkan mengandung, terutamanya yg severe & ambik ubat. Kesian la kat bini & anak2. Aku harap lepasni kkm promote vasectomy pulak. Aku sendiri lepas ada anak "istimewa" memang trauma dah nak mengandung sebab fikir cost nak buat genetic testing yg mahal nakmampos, pastu fikir pulak apa akan jadi kalau anak ni pon bermasalah. Siapa pulak nak jaga aku bila meroyan.
Quote anony-mous 5-4-2023 10:43 PM
I serahkan pd yg lain utk komen di bln puasa ni. Wife dia entah2 penat n postpartum depression kot lps beranak yg kedua.
Quote anony-mous 5-4-2023 10:49 PM
farhani87 replied at 5-4-2023 09:48 PM
Ni kalau dekat, iols dah ambil anak dia jadi anak susuan. Kesian lah baby kena minum susu pekat mani ...

Sebut psal ni, boleh je mntak tlg dkt grup bf. Mmg ada yg cari ank susuan & ada yg cari susu bdn. Xtau la kalau skizo ni mcm mana. Mmg xmampu ke google cari benda2 ni atau tmbh ilmu as mak? Tp mampu beraksi di ranjang.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.069545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top