CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arwah Kurang Bercakap Dan Mengasingkan Diri Sebelum Maut Terjatuh Laut Bersama Lori

5-4-2023 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1025| Komen: 8

LUMUT – “Sejak beberapa hari lalu, adik saya kurang bercakap berbanding kebiasaannya. Malah, ketika kami mengadakan moreh baru-baru ini, dia beritahu macam tiada deria rasa ketika menjamah makanan,” kata Amirul Razmi, 26, ketika ditemui di Hospital Seri Manjung di sini hari ini.


Beliau adalah abang kepada Aqil Rasydan, 20, yang ditemukan maut selepas lori dipandunya terjatuh ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal, Lumut Port, Kampung Acheh, Sitiawan, awal pagi tadi.

Menurut Amirul, sebelum kejadian itu juga, maklumat daripada rakan sekerja arwah memaklumkan Aqil Rasydan bertindak mengasingkan diri dan bersahur seorang diri.


Amirul Razmi (kiri) menunjukkan gambar arwah adiknya yang disimpan dalam telefon bimbitnya di Hospital Seri Manjung, Perak. Foto: Kosmo

Jelasnya, ia berbeza sebelum ini apabila adik bongsunya daripada tiga beradik itu sering bersahur bersama rakan sekerja apabila bekerja syif malam hingga pagi.


Amirul memberitahu, arwah baharu kira-kira dua bulan bekerja sebagai pemandu lori di syarikat lori milik bapa mereka, Razmi Abdullah, 49, yang mendapat kontrak membawa barang di kawasan pelabuhan tersebut.

Beliau juga dimaklumkan ketika kejadian lori dipandu arwah ada membawa muatan dan terjatuh ketika sedang membelok di kawasan jeti di pelabuhan tersebut.

Amirul bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca sebenar kejadian itu berlaku.

Jenazah Aqil Rasydan akan dikebumikan di Kampung Masjid Lama, Beruas, selepas solat Asar.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi, Aqil Rasydan ditemukan lemas apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut di jeti Lumut Maritim Terminal. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fish 7-4-2023 09:23 AM
Al-Fatihah... sedih sgt, budak baik arwah ni
sebelum ni elok2 dia jaga mart ayah dia je, tiba2 bawak lori pulak
Quote becir 7-4-2023 09:27 AM
ada lesen bawak lori ke tak budak ni..sedih baca kejadian camni time puasa lak tu..
Quote fish 7-4-2023 12:17 PM
becir replied at 7-4-2023 09:27 AM
ada lesen bawak lori ke tak budak ni..sedih baca kejadian camni time puasa lak tu..

rasa mcm lesen gdl umur 21 thn baru boleh ambik kan?
tp dgr kata dia cuma main dlm port, bawak lori dlm tu saja, lesen D pun cukup
entah la betul ke tak

tp arwah ni baik
dulu masa sekolah menengah nak diajar naik moto pun dia tak nak
dia kata takde lesen mana boleh bawak
Quote diss69 7-4-2023 01:18 PM
Allahu..kita tumpang sedih..baya² ank bujang akk..
Quote pooh~key 7-4-2023 01:29 PM
fish replied at 7-4-2023 12:17 PM
rasa mcm lesen gdl umur 21 thn baru boleh ambik kan?
tp dgr kata dia cuma main dlm port, bawak lor ...

Kenapa kau yang nak ajar arwah sis? Kau jiran dia sis?
Quote fish 10-4-2023 11:41 AM
pooh~key replied at 7-4-2023 01:29 PM
Kenapa kau yang nak ajar arwah sis? Kau jiran dia sis?

abang aku yg nak ajar dia, abg aku ayah tiri dia
tp abg aku mmg layan anak tiri semua mcm anak sendiri
Quote fish 10-4-2023 11:43 AM
arwah ni walau muda, baru 20 thn tp dah bertunang tau
family dia byk kawin awal, mak dia kawin umur belas2, kakak dia pun sama

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.070508 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top