CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Cadang Kawal Harga Minyak Masak Dengan Mekanisme 'Two-Tier Pricing'

5-4-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 661| Komen: 4

Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan mekanisme 'two-tier pricing' (harga dua peringkat) untuk mengawal harga minyak masak di pasaran bagi kegunaan domestik.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh berkata kementerian ketika ini dalam proses rundingan dengan mengadakan libat urus bersama pemain industri berkenaan sebelum cadangan itu dibawa ke peringkat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).



Gambar hiasan

"Kegunaan (minyak masak) domestik ini hanya enam peratus sahaja dari pengeluaran minyak masak kita, selebihnya dieksport.

"Oleh itu, kita sudah pun membawa satu kertas yang belum diluluskan lagi untuk mengadakan 'two-tier pricing'.
"Maksudnya untuk harga domestik lain dan harga eksport lain.

"Kita tidak boleh guna harga eksport untuk kita jual harga domestik," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang mencadangkan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembekal minyak masak berkaitan harga barangan komoditi itu yang kini ditentukan berdasarkan harga pasaran eksport.

Sementara itu, mengulas mengenai inisiatif Jualan Rahmah setakat 30 Mac, katanya inisiatif berkenaan telah merekodkan jualan kasar sebanyak RM54 juta membabitkan 3,223 lokasi di 118 Parlimen.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 5-4-2023 05:59 PM
IMG_20230405_162734.jpg
Quote kemaruk 5-4-2023 08:34 PM
so lagi rendah ke lagi mahal?
Quote orkid_amani 6-4-2023 01:21 PM
Sejak minyak masak naik harga menggila aii baru beli 2 botoi ja minyak masak 5kg tuu..tu pun maaahaaii aii rasa..rega 29.90 tu boleh dapat minyak naturel kot..dulu kalau oofer 19.90 ja minyak naturel 5kg tu..riiinduuu zaman najib

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.031176 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top