CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Cemburu, Wanita Di Terengganu Maut Dibelasah Guna Tukul Besi, Suami Ketakutan Cuba Bunuh Diri

5-4-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6366| Komen: 89

Seorang wanita di Terengganu maut dibelasah oleh suaminya dengan menggunakan tukul besi.

Buletin TV3 melaporkan, ia berlaku sekitar pukul 8 pagi, Rabu, di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, dipercayai akibat cemburu.


Pergaduhan antara pasangan itu berlaku sejurus mangsa pulang ke rumahnya selepas dia menghantar anak ke sekolah.

Serangan itu menyebabkan mangsa yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian dahi serta wajah.


Foto: mStar

Difahamkan, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian selepas menyerang isterinya.

Dalam keadaan ketakutan dan menangis, lelaki itu memberitahu kakaknya bahawa dia telah membunuh isterinya dengan menggunakan tukul.

Dia kemudiannya pulang semula ke rumah sambil menangis melihat isterinya yang terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu.


Dalam pada itu, suspek yang ketakutan dilaporkan cuba membunuh diri, namun sempat dipujuk oleh keluarga dan jirannya.

Suspek kemudiannya dipujuk oleh keluarga untuk menyerah diri sebelum dia dibawa ke Balai Polis Bukit Besi.

Untuk rekod, pasangan itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Mangsa yang merupakan seorang peniaga mempunyai enam lagi anak, hasil perkahwinan terdahulu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 5-4-2023 04:17 PM
Dikatakan "pasangan itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun."

Anaknya berumur 6thn ke atau 6 bulan? Biar betul baru thn lalu kawen, anak dah umur 6thn.
Quote LoveSungmin 5-4-2023 04:43 PM
muda lakinya.. 32 tahun kalau tak silap dengar..
Quote cmf_premierleag 5-4-2023 04:49 PM
bodoh punya jantan pata timo
Quote myakayina 5-4-2023 04:57 PM
baru je kahwin ko dah bunuh bini ko..
Quote Decaffeinated 5-4-2023 05:00 PM
Buletin TV3 melaporkan, ia berlaku sekitar pukul 8 pagi, Rabu, di Kampung Besol,

Dari TV3 masuk CARI. Sebelum tu berita cedok dari mana pulak? Sanad terputus ni kira sahih ka x?
Quote matchstick 5-4-2023 05:06 PM
Anak diorg tu 6 bulan kot..menimbulkan fitnah je bulan2 puasa ni tulis 6 tahun.
Anak dgn ex husband ada 6 org dh
Quote cadarblogsot 5-4-2023 05:08 PM
Decaffeinated replied at 5-4-2023 05:00 PM
Buletin TV3 melaporkan, ia berlaku sekitar pukul 8 pagi, Rabu, di Kampung Besol,

Dari TV3 masuk CAR ...

sanad dah habis kot... husnuzon bulan puasa
Quote shinyoung 5-4-2023 05:27 PM
LoveSungmin replied at 5-4-2023 04:43 PM
muda lakinya.. 32 tahun kalau tak silap dengar..

Xkan kot, 6 org anaknya dr perkahwinan terdahulu.. Umur berapa dia kawin
Quote tripleid 5-4-2023 05:56 PM
Sek2 kito jange pecoh sungguh la ..Haritu tembak bini sampai berkecai kepala ..yg ni downgrade pkai tukul plak.speechleess...
Quote lasagnaklcc 5-4-2023 06:05 PM
shinyoung replied at 5-4-2023 05:27 PM
Xkan kot, 6 org anaknya dr perkahwinan terdahulu.. Umur berapa dia kawin

6 org tu anak perempuan tu... umur pon dah 41. Kawen laki muda tapi kuat jealous pulak.
Quote green~tea 5-4-2023 06:23 PM
lasagnaklcc replied at 5-4-2023 06:05 PM
6 org tu anak perempuan tu... umur pon dah 41. Kawen laki muda tapi kuat jealous pulak.

Entah2 jantan tu dadah.. dungun, bukit besi kawasan2 tu mmg ramai penagih... bermula dgn amek ketum... lepastu campur2
Quote syamzana 5-4-2023 06:27 PM
jeles menda la gok tu? tak pasal anak2 hilang mak
Quote azimodin 5-4-2023 06:55 PM
Aku bengang kat fb ada jugak yg komen "perempuan zaman sekarang suka provoke suami, xlayan kehendak seks suami, xmasak di rumah, sibuk dengan urusan luar & berani2 mintak cerai". Siap ada satu komen tu cakap lagi baik allah tarik nyawa isteri2 camni dari menyakito suami. Masyaallah, makin extreme pemikiran chauvinist lelaki melayu. Xde rasa simpati pada mangsa. Salah apa sekalipon yg mangsa buat, apa hak suami dia nak hentak dengan tukul? Dah la lelaki pengecut xde telur.. dah buat, nak bunuh diri pulak. Kalau berani pergi la serah diri pada polis, baru anak jantan
Quote Shayang 5-4-2023 08:13 PM
Aku tunggu org komen salahkan vaksin dan gomen madani.

La ni selalu salahkan kerajaan laa sbb katanya kos hidup tinggi.
Nk plak adik ipor yg tak tidur sekatil kabo suspek baik la tak byk ckp bagai. Serupa pakcik yg anak kena tembak kat perlis tu.
Org baik tak bunuh org laa!
Quote sukacactus 5-4-2023 08:39 PM
Ketuk kat dahi kat muka tu mmg sah2 la sebab cemburu
Agaknya dia kata ingat ko cantik sgt
Cantik la kot janda ank 6 pun ko teringin gak lg
Jgn claim sakit mental plak nnt ye
Quote sharlenetexas 5-4-2023 08:43 PM
Substance?

Quote asfaz 5-4-2023 08:45 PM
Edited by asfaz at 5-4-2023 11:44 PM
sukacactus replied at 5-4-2023 08:39 PM
Ketuk kat dahi kat muka tu mmg sah2 la sebab cemburu
Agaknya dia kata ingat ko cantik sgt
Cantik la  ...


Screenshot_2023-04-05-20-44-38-22_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg

Ai tak leh blah betul ada komen jantan lahanett kata dah lama sabar la tu.. eiiii babiessss tau. Kalau dah lama sabar apa hak pukul bini sampai mati. Ntah yg Komen tu dah biasa bantai bini
Quote JunkMail 5-4-2023 09:12 PM
The math isn't mathing... Umur 32 anak 6 org. Kawen tahun lepas, anak umur 6 tahun?
Bukan aje suspek ni sengal, wartawan pun sengal jugak.. potong stim nak baca artikel macam ni.
Quote kepompong 5-4-2023 09:23 PM
berita baru lah ni? puasa2 … anak2 nak raya tkde mak

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.285130 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top