Beijing: Hanya sekeping foto, rakaman suara dan pembelajaran mesin dapat menghasilkan avatar orang yang sudah meninggal dunia. Teknologi di China menggunakan kecerdasan buatan (AI) itu membolehkan orang tersayang 'berkomunikasi' dengan individu yang sudah meninggal dunia.
Festival Qing Ming yang semakin hampir menyebabkan beberapa syarikat pengebumian menggunakan teknologi seperti ChatGPT, chatbot AI dan program AI Midjourney untuk meniru keperibadian, penampilan, suara serta kenangan si mati bagi membolehkan orang ramai menghidupkan kembali memori bersama dengan yang tersayang, lapor Guangzhou Daily. Festival Qing Ming juga dikenali sebagai hari memperingati dan menziarahi pusara disambut pada 5 April, tahun ini dan lazimnya disambut oleh etnik Cina seluruh dunia. Shanghai Fushouyun, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengebumian digital, menjalankan pengebumian pertamanya menggunakan teknologi AI pada Januari 2022.
Seorang pakar bedah yang meninggal dunia 'dihidupkan' rakan sekerja dan pelajar. Mereka yang bersedih dapat 'berbual' dengan si mati yang terpancar di skrin. Di laman web perkongsian video Bilibili, seorang penulis blog juga menyiarkan pengalaman menggunakan AI untuk 'bercakap' dengan orang tersayang yang sudah meninggal dunia. Penulis blog itu menulis kesal tidak dapat berjumpa nenek yang membesarkannya buat kali terakhir sebelum meninggal dunia, menyebabkan dia memutuskan menggunakan AI untuk 'bercakap' dengan neneknya itu. Dalam catatannya, dia berkata, video dibuat untuk mengurangkan sesal dan membantunya untuk tidak terlalu memikirkan masa lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kemaruk replied at 5-4-2023 04:33 PM
Dulu pernah jadi kontroversi KRU berduet dengan p ramlee lagu getaran jiwa
doubleharmonic replied at 6-4-2023 05:42 AM
siap berduet dengan orang mati yachhh! padahal rakam suara pon asing2 jah tapi tetap lah nak claim ...
Tinot7 replied at 6-4-2023 08:11 AM
Kalau acik whitney idup lagi, belom tentu dpt berduet..
Ni lagu acik whitney masa mudo2 kott.. sor ...
ADVERTISEMENT