Polis menahan tukang masak yang mencampakkan bungkusan kotok rokok mengandungi 52 biji pil kuda dalam serbuan Op Tapis Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan di Tanah Merah, semalam.
Dalam serbuan pukul 11.17 malam itu, suspek berusia 28 tahun berjaya dicekup selepas melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, semasa melarikan diri daripada serbuan itu, suspek mencampakkan sesuatu ke atas tanah. “Pemeriksaan lanjut dilokasi menjumpai satu kotak rokok yang mengandungi 52 biji pil kuda. “Susulan itu, anggota bertugas kemudian melakukan pemeriksaan ke dalam bilik suspek dan menjumpai tiga paket plastik cerah mengandungi syabu seberat 5.1 gram,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.
Mohd. Haki memberitahu, turut ditemui satu bungkusan air ketum dan ubat batuk sebanyak 500 milimeter. Katanya, siasatan awal yang dilakukan suspek mengaku dadah tersebut untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada rakan-rakan sekerja. “Hasil ujian air kencing, suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 ,Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. “Nilai keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM1,120,” ujarnya. Sumber: UTUSAN
|
ADVERTISEMENT