CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menara Kinabalu Alami Gangguan Elektrik Akibat Cubaan Curi Kabel

5-4-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1966| Komen: 2

Menara Kinabalu yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik dipercayai akibat cubaan mencuri kabel di kawasan berhampiran, akhir minggu lalu.

Berikutan itu, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terpaksa menempatkan enam janakuasa mudah alih untuk membekalkan elektrik ke bangunan berkenaan, hari ini.



Enam janakuasa mudah alih ditempatkan di Menara Kinabalu berikutan, kawassan itu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat cubaan mencuri kabel ekektrik di Kolombong. - Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor, berkata beberapa perumahan dan premis komersial di kawasan berdekatan turut terjejas akibat kerosakan kabel milik syarikat utiliti itu.

Katanya, hasil siasatan pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33 kilovolt (kV) yang membekal elektrik ke kawasan itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel terbabit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Kami dapati ada kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB. Perbuatan itu menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu.

"Kerja-kerja pemulihan bekalan dilaksanakan secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, tindakan segera SESB berjaya memulihkan bekalan elektrik di semua kawasan yang terjejas pada hari yang sama, Ahad lalu.

Bagaimanapun, Idris berkata bekalan elektrik ke Menara Kinabalu masih terjejas berikutan berlaku lagi kerosakan kabel yang membekalkan elektrik ke bangunan terbabit lewat malam tadi.

"Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan," katanya.

Janakuasa mudah alih dihantar hari ini bagi memastikan operasi bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan beberapa kementerian negeri tidak terjejas.

Selain itu, difahamkan penyediaan janakuasa mudah alih itu juga bagi memastikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri yang diadakan pada setiap Rabu berjalan dengan lancar.


SUmber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-4-2023 02:33 PM
dpat tangkap..ikat ngn kabel tu kasi tggal atal gunung...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.026661 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top