CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggu Lampu Isyarat, Pukul 5 Beratus Warga Asing Mengemis Duit

5-4-2023 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2745| Komen: 15

Johor Bahru: Persimpangan lampu isyarat sekitar bandar raya ini 'lubuk' mendapatkan wang secara mudah sejak dua bulan lalu.

Kehadiran pengemis dipercayai warga asing menimbulkan tanda tanya berikutan bilangannya yang semakin ramai selain bergiat aktif hampir sepanjang masa.


Harian Metro melaporkan, beberapa kawasan dijadikan sebagai lokasi kegiatan berkenaan termasuk di Taman Johor Jaya, Plentong, Taman Suria, Pasir Gudang dan Taman Daya di sini.


Foto: Harian Metro

Malah menerusi perkongsian maklumat di media sosial, netizen memaklumkan kumpulan pengemis warga asing turut dilihat berkeliaran di lampu isyarat Hospital Sultanah Aminah (HSA), Majidee, Ulu Tiram, Kota Besar (Kota Tinggi).

Seorang peniaga dikenali sebagai Ezila Nor, 30, berkata, golongan berkenaan sering berpindah-randah menyebabkan kegiatan mereka sukar dihidu.

"Ada yang sanggup bertarung nyawa di atas jalan raya untuk meminta sedekah manakala segelintir pula mengetuk cermin pintu kereta.


"Tindakan golongan terbabit membahayakan pengguna jalan raya lain yang cuba mengelak daripada melanggar mereka. Pengemis terbabit dipercayai adalah golongan Rohingya, Pakistan, Myanmar.

"Segelintir mereka dipercayai memiliki permit kerja di kilang namun menyalahgunakannya untuk mendapatkan wang mudah.

"Orang ramai seharusnya tidak membeli atau memberi wang kepada peminta sedekah kerana ia akan menggalakkan perbuatan itu," katanya.

Seorang penduduk, Misha Abdullah, 46, berkata, pihak berkuasa terutama Jabatan Imigresen Malaysia seharusnya melakukan pemantauan terhadap pengemis warga asing.

"Saya pernah membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun difahamkan ia di luar bidang kuasa berikutan pelaku adalah warga asing.

"Orang ramai menjadi keliru soal saluran pengaduan hingga kewujudan kumpulan pengemis ini tidak dapat dibanteras.

Kelmarin tular sebuah video di laman media sosial menunjukkan dua lelaki dipersoal kerana memiliki sejumlah wang dipercayai hasil mengemis di Johor.

Mereka juga didakwa beroperasi di persimpangan lampu isyarat hingga video berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mendakwa turut pernah terserempak dengan kumpulan pengemis di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sedang mengenalpasti bilakah video tular itu berkenaan dirakam.

"Kita sudah meminta semua unit untuk memantau dan mengambil tindakan sesuai. Pada bulan lalu, seorang ditahan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sebelum ini pihaknya pernah melakukan tangkapan di Majidee.

"Perbuatan ini suatu kesalahan dan boleh disiasat mengikut Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil," katanya.

Eksploitasi warga asing kutip wang derma

Kuala Lumpur: Mengeksploitasi lelaki kudung, orang buta, wanita tua dan kanak-kanak daif yang dibayar untuk menjalankan misi meminta sedekah di bazar Ramadan.

Itu antara kegiatan sindiket yang 'menggaji' beratus warga asing dibawa masuk ke negara ini khusus bagi meraih sebanyak mungkin wang derma sepanjang Ramadan.

Rata-rata pengemis ini dilihat digerakkan secara teratur di lokasi strategik bazar Ramadan dengan dibekalkan bekas sedekah.

Wartawan Harian Metro yang meninjau sekitar bazar Ramadan di Pantai Dalam, bazar Ramadan Jalan Raja Alang, bazar Ramadan Bandar Baru Sentul, bazar Ramadan Sentul Pasar, bazar Ramadan Bandar Sri Permaisuri dan bazar Ramadan Sentosa di sini, mendapati wujud pergerakan pengemis warga asing ini.

Pemerhatian wartawan mendapati ada di antara pengemis ini dihantar ke bazar Ramadan oleh pemandu kenderaan yang akan 'mengutip' mereka semula beberapa jam kemudian.

Malah ada juga pengemis 'kudung' menggunakan khidmat e-hailing untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain.

Wartawan sempat bertanya kepada 'pengiring' seorang pengemis lelaki buta yang didapati menjadi penunjuk jalan dan memimpin pengemis terbabit.

Wanita warga Indonesia itu memberitahu dia bersama pengemis lelaki warga tempatan itu datang dari Melaka.

"Dia memang buta, kami jual tisu dan bukannya mengemis. Sudah dua hari kami di sini," tegas wanita terbabit sebelum bergegas meninggalkan lokasi bazar Ramadan di Jalan Raja Alang di sini.

Peniaga bazar yang mahu dikenali sebagai Bob, 37, berkata, kegiatan pengemis dan peminta sedekah warga asing itu dianggap merimaskan.

"Mereka tidak berada lama di satu-satu lokasi. Biasanya mereka akan muncul pada waktu puncak orang ramai membeli juadah berbuka puasa sekitar jam 5 petang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 5-4-2023 02:18 PM
Sbb rakyat kita jugak yg jd enabler!
Logik sadokah utk pahala, kalo depa menipu tu urusan ngn Allah dh xapply utk puak² nih imho.
It does more harm than good ade larr
Quote Simunggu 5-4-2023 02:52 PM
di sabah pun ad mcm ni...
Quote Skuau 5-4-2023 04:56 PM
kpd pengemis ini..aku hanya mampu....senyum kpd mereka...sbg sbgian drp sedekah.
Quote rogayahtop 5-4-2023 07:06 PM
lubuk duit pree jugak ni.
Quote damsel_fiji 5-4-2023 08:35 PM
pbt lembik nak mampus..tu je nk ckp..
berniaga la korg jeruk mangga..mengemis minta duit bagai kat lampu isyarat tu..esok2 dh ada yg mampus kena langgar brulah terhegeh2 amik tindakan
Quote minahmanja 5-4-2023 09:22 PM
Simpang 4 kebun teh tu pun sama..
Quote umbut 5-4-2023 09:26 PM
Kdg tengah makan, dtg tiap meja mintak duit.. koserr nak layan
Quote JunkMail 5-4-2023 09:37 PM
Implement undang-undang macam kat UAE. Kau mengemis atau sedekah kat pengemis, dua dua kena. Pengemis kena tangkap, enabler kena saman. Settle masalah pengemis ni... Kau nak sedekah ikut saluran yang betul.
Quote clarizsa 5-4-2023 10:12 PM
Bangsat2 ni selamanya bebas kt msia ni
Lembek sgt penguatkuasaan pun
Kalau rkyat sndri buat laju je tangkap
Bila bangsat2 asing ni buat mcm pejam mata je biar
Kadang2 i rasa cm nk menyamar jd pengemis nk tengok ada yg bg duit ke tak
Tapi tu la kena mekap la kot muka bg nmpk rupa sedeh skit
Rupa sebenar tak sesuai hmmm
Quote dekmieDandy 6-4-2023 10:45 AM
aku baru tahu, antara penderma yang banyak actually foreginer jugak

yang local ramai ada kesedaran dah
Quote matseh 6-4-2023 11:06 AM
Dah ramai buat benda2 mcm ni. Patut PBT letakkan Notis besar2 Jgn bagi duit Bila berhenti di LAmou Isyarat. Lth no Tel supaya boleh ambik gambar dan hantar guna wassup.
Quote epullipan 6-4-2023 11:08 AM
jabtan kebajikan masyarakat mana? tido ke
Quote namr 6-4-2023 11:22 AM
pbt tengah goyang telur
Quote tripleid 6-4-2023 02:54 PM
Edited by tripleid at 6-4-2023 02:56 PM

Pbt,jkm dgn segala mala pguatkuasa tak malu ke dgn jiran sebelah singapo tu??..jb tu dah serupa bandar pprt 3rd world country tau tak??

Bangla,paki kat sana usahkan nak mintak sedekah.nak buang sebijik sampah pun tak berani sbb enforcement kat sana ketat tak lembik pondan cam Msia.malu la sikit!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top