CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebutan Kes Hadanah- Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan, Diana Danielle Hanya Senyum

5-4-2023 10:18 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4489| Komen: 14|Original author: Saiful

Farid Kamil tiba di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam, Selangor dengan harapan mendapat keadilan bagi sebutan kes hadanah dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Farid ditemani pengurusnya Azhari Hamid berkata dia mengharapkan sesuatu yang baik akan memihak pada dirinya.


"Saya harapkan keadilan yang dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik saja. InsyaAllah," katanya kepada mStar.


Foto: mStar

Sementara itu, Diana Danielle pula yang mengenakan jubah hitam ketika tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman kepada media.

Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana Danielle.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon Imaginur ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lalu.




Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.


Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Alasan diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fossil 5-4-2023 10:21 AM
akberdin power la ramai retis ambik dia
Quote Purplehaz 5-4-2023 10:31 AM
Kesian dah tua kena kembali bujang..tanpa anak2 disisi..rugi.
lainkali hargailah hidup, hargai isteri.

Dan kalau pernah ada kes ambik dadih, pukul org or dera, rasa hadanah sepenuhnya pada bekas isteri.
Quote 3chanceno 5-4-2023 11:35 AM
Cepat jugak kes nie masuk mahkamah..Muka Aurora tu kopipes DD  
Quote dudaberhias 5-4-2023 11:41 AM
keadilan apanya nyahhh kalau dah kacip, baran dan mengamuk2 sampai kena panggil polis... keadilannya adalah dd di lepaskan dan ko kena sumbat masuk pusat pemulihan... baru betul keadilan...

kosserrr la jantan wajah berlubang boleh tuai taugeh ni... dah la pernah hempuk polis bagai dengan lawyer...

Quote rayna_raynes 5-4-2023 01:20 PM
3chanceno replied at 5-4-2023 11:35 AM
Cepat jugak kes nie masuk mahkamah..Muka Aurora tu kopipes DD

che mad pulak senyuman dia kopipes FK

Quote rayna_raynes 5-4-2023 01:21 PM
btw larat ya dd angkat dua anak sekali. Aku angkat anak 14kg pun terseksa haha
Quote DeLuna85 5-4-2023 01:30 PM
DD ke mahkamah mekap sendiri kot. Tak berapa nak pandai mekap.
Quote 3chanceno 5-4-2023 01:33 PM
rayna_raynes replied at 5-4-2023 01:20 PM
che mad pulak senyuman dia kopipes FK

Dah besar bakal hensem nie semuga yang baik2 untuk anak2 mereka..

Kalau sesiapa ada update pasal kes hari ini, silalah tepek di sini..
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 04:15 PM
kehadiran apoo dah la kurung anak dalam bilik
Quote cashewnut 5-4-2023 07:20 PM
Ko dah pernah mengganas kan. Ingat boleh jaga ke anak-anak. Udah le mendadih, tak stabil, tak bayar nafkah. Fikir banyak kali la nak terima balik. Fikir and fikir and fikir. Dah rasa comfort bini tukang bayor kan, tu yang guna anak.
Quote FlexyFox 5-4-2023 10:00 PM
Sure la dd senyum.... Siapa yg ada kes polis sebelum ni? Pukul orang, pukul polis, mental hilang ingatan jln tak pakai baju. Hakim mana lah yg nak beri hak penjagaan kanak-kanak kpd org mcm ni? Silap tak silap nak jumpa anak pun kena berteman kalau dah ada sejarah violent mcm tu. Selamat memulakan kehidupan baru bersama anak2, wahai Diana Danielle. Semoga berbahagia selepas ni.
Quote umbut 5-4-2023 10:05 PM
Habisler fk kena keluar umah.. umah dan belanja pun dd tanggung.. x malu ke
Quote LadyCarefree 6-4-2023 08:39 AM
Marhaen, buruk dan tuanya rupa DD kat mahkamah tu.
Quote myvi132806 6-4-2023 11:22 AM
stand with DD ..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.116118 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top