View: 4253|Reply: 14
|
Sebutan Kes Hadanah- Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan, Diana Danielle Hanya Senyum
[Copy link]
|
|
Farid Kamil tiba di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam, Selangor dengan harapan mendapat keadilan bagi sebutan kes hadanah dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid ditemani pengurusnya Azhari Hamid berkata dia mengharapkan sesuatu yang baik akan memihak pada dirinya.
"Saya harapkan keadilan yang dapat ditegakkan dan saya mengharapkan yang baik-baik saja. InsyaAllah," katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Sementara itu, Diana Danielle pula yang mengenakan jubah hitam ketika tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman kepada media.
Pada 28 Mac lalu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak diberikan kepada Diana Danielle.
Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle atau nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon Imaginur ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lalu.
Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Alasan diberikan adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
akberdin power la ramai retis ambik dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dah tua kena kembali bujang..tanpa anak2 disisi..rugi.
lainkali hargailah hidup, hargai isteri.
Dan kalau pernah ada kes ambik dadih, pukul org or dera, rasa hadanah sepenuhnya pada bekas isteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cepat jugak kes nie masuk mahkamah..Muka Aurora tu kopipes DD |
|
|
|
|
|
|
|
keadilan apanya nyahhh kalau dah kacip, baran dan mengamuk2 sampai kena panggil polis... keadilannya adalah dd di lepaskan dan ko kena sumbat masuk pusat pemulihan... baru betul keadilan...
kosserrr la jantan wajah berlubang boleh tuai taugeh ni... dah la pernah hempuk polis bagai dengan lawyer...
|
|
|
|
|
|
|
|
che mad pulak senyuman dia kopipes FK
|
|
|
|
|
|
|
|
btw larat ya dd angkat dua anak sekali. Aku angkat anak 14kg pun terseksa haha |
|
|
|
|
|
|
|
DD ke mahkamah mekap sendiri kot. Tak berapa nak pandai mekap. |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 5-4-2023 01:20 PM
che mad pulak senyuman dia kopipes FK
Dah besar bakal hensem nie semuga yang baik2 untuk anak2 mereka..
Kalau sesiapa ada update pasal kes hari ini, silalah tepek di sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
kehadiran apoo dah la kurung anak dalam bilik |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah pernah mengganas kan. Ingat boleh jaga ke anak-anak. Udah le mendadih, tak stabil, tak bayar nafkah. Fikir banyak kali la nak terima balik. Fikir and fikir and fikir. Dah rasa comfort bini tukang bayor kan, tu yang guna anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sure la dd senyum.... Siapa yg ada kes polis sebelum ni? Pukul orang, pukul polis, mental hilang ingatan jln tak pakai baju. Hakim mana lah yg nak beri hak penjagaan kanak-kanak kpd org mcm ni? Silap tak silap nak jumpa anak pun kena berteman kalau dah ada sejarah violent mcm tu. Selamat memulakan kehidupan baru bersama anak2, wahai Diana Danielle. Semoga berbahagia selepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Habisler fk kena keluar umah.. umah dan belanja pun dd tanggung.. x malu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Marhaen, buruk dan tuanya rupa DD kat mahkamah tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|