Polis akan meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api di bazar Ramadan di daerah ini. Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebagaimana kebiasaanya, apabila Ramadan dan hari raya, mercun mendapat permintaan tinggii dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.
Bagaimanapun katanya, hanya beberapa kategori mercun sahaja yang diluluskan dan boleh dijual. "Saya sudah mengarahkan semua anggota meningkatkan pemantauan terutama di Bazar Ramadan kerana dikhuatiri akan ada usaha-usaha untuk menjual mercun dilarang ke daerah ini. "Pada masa sama, pasukan khas juga sudah ditubuhkan untuk menangani perkara ini dan ia bukan sahaja di Bazar Ramadan malah turut akan melakukan tinjauan dan pemerhatian di premis perniagaan lainnya," katanya ketika melawat bazar Ramadan di Bandar Utama, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Balai Segamat (OCS) Inspektor Muhammad Hanaffi Ghazali. Mengulas lanjut, Ahmad Zamry berkata, pemantauan jualan mercun secara dalam talian turut dibuat sekiranya ada laman web yang dikhuatiri diguna pakai sindiket jualan mercun. "Ada di antaranya yang ingin menarik perhatian orang ramai, menjual mercun dan bunga api terlarang serendah RM2 dengan promosi meletakkan perkataan 'Rahmah' menyamai konsep diperkenalkan Kerajaaan," katanya. Sumber: HARIAN METRO |
Purplehaz: Makin meriah Gerai jual mercun kat bazar ramadhan.
glump replied at 4-4-2023 11:18 PM
Henti2lah pesta memekak bakar duit ni.
gigahertz replied at 4-4-2023 11:41 PM
semenjak mercun dpat lesen ni i rasa tak best nak beli
i suka macam dulu2 masa mercun di haramkan. ...
gigahertz replied at 4-4-2023 11:41 PM
semenjak mercun dpat lesen ni i rasa tak best nak beli
i suka macam dulu2 masa mercun di haramkan. ...
ilacantik replied at 6-4-2023 03:31 PM
Hehehehe, betul tu bro/sis. Siap cakap pakai kod, beli tangan atas tangan, balut plastik hitam, si ...
ADVERTISEMENT