View: 15539|Reply: 14
|
Polis Pantau Jualan Mercun Bunga Api 'Rahmah'
[Copy link]
|
|
Polis akan meningkatkan pemantauan penjualan mercun dan bunga api di bazar Ramadan di daerah ini.
Ketua Polis Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, sebagaimana kebiasaanya, apabila Ramadan dan hari raya, mercun mendapat permintaan tinggii dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.
Bagaimanapun katanya, hanya beberapa kategori mercun sahaja yang diluluskan dan boleh dijual.
Gambar hiasan.
"Saya sudah mengarahkan semua anggota meningkatkan pemantauan terutama di Bazar Ramadan kerana dikhuatiri akan ada usaha-usaha untuk menjual mercun dilarang ke daerah ini.
"ada masa sama, pasukan khas juga sudah ditubuhkan untuk menangani perkara ini dan ia bukan sahaja di Bazar Ramadan malah turut akan melakukan tinjauan dan pemerhatian di premis perniagaan lainnya," katanya ketika melawat bazar Ramadan di Bandar Utama, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Balai Segamat (OCS) Inspektor Muhammad Hanaffi Ghazali.
Mengulas lanjut, Ahmad Zamry berkata, pemantauan jualan mercun secara dalam talian turut dibuat sekiranya ada laman web yang dikhuatiri diguna pakai sindiket jualan mercun.
"Ada di antaranya yang ingin menarik perhatian orang ramai, menjual mercun dan bunga api terlarang serendah RM2 dengan promosi meletakkan perkataan 'Rahmah' menyamai konsep diperkenalkan Kerajaaan," katanya.
Sumber: HARIAN METRO
|
|
|
|
|
|
|
|
Di China and US - ada tempat tempat tertentu dibenarkan main bunga api. Kalau main dirumah boleh dikenakan denda. So gunakan lah padang sekolah utk kanak kanak main bunga api, mercun etc dibawah pengawasan orang dewasa/Polis.
Benda mudah jer ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Makin meriah Gerai jual mercun kat bazar ramadhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Henti2lah pesta memekak bakar duit ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz: Makin meriah Gerai jual mercun kat bazar ramadhan.
semenjak mercun dpat lesen ni i rasa tak best nak beli
i suka macam dulu2 masa mercun di haramkan.
macam beli dadah. cakap pun slow slow. tengok kiri kanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa byk duitt dwpa spend for mercun? Tak murah kan?? Dari belum.posa dah melantun2 meletop2 tak henti2 main ptg mlm berjam2. |
|
|
|
|
|
|
|
Heran, tempat org x berduit pinggir bandar xde bunyi mercun, tempat rempit felda berduit tu mercun macam medan perang |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Ia termasuk benda sia-sia juga.. Mujur masa Hari Merdeka dan Hari Malaysia elok aje tiada aktiviti bermain mercun..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak payah laaaa benda2 membazir gini. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 4-4-2023 11:41 PM
semenjak mercun dpat lesen ni i rasa tak best nak beli
i suka macam dulu2 masa mercun di haramkan. ...
Ya.ternyata yang haram itu indah. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 4-4-2023 11:41 PM
semenjak mercun dpat lesen ni i rasa tak best nak beli
i suka macam dulu2 masa mercun di haramkan. ...
Hehehehe, betul tu bro/sis. Siap cakap pakai kod, beli tangan atas tangan, balut plastik hitam, simpan bawah seat kereta.
Kenangan betul. Punya lah nak bagi anak rasa kemeriahan raya sama macam zaman mak dia tahun 90an dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mercun pun ada yg Rahmah ek... |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka ja bunyi mercun musim2 nak raya... meriahh chuolssss tapi x suka meriam n mercun bola punya bunyi yg berdekatan
iols sukaaa feeling malam raya layan cite raya kt tv sambil2 bunyi dentam dentum kt luar |
|
|
|
|
|
|
|
masa mercun haram dulunak beli kalau takde pembeli lain
mmg tak beli. kalau ada pembeli lain
ronda 2-3 kali dulu tengok keliling
takut polis operasi di situ.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|