CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minuman Keras Bernilai Lebih RM1 Juta Dirampas

4-4-2023 03:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4587| Komen: 0|Original author: Tatod

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 69,912 liter minuman keras pelbagai jenama yang dianggar mernilai lebih RM1.04 juta dalam tiga kes berasingan di Kota Kinabalu.


Rampasan pada Jumaat lalu itu dijalankan sepasukan anggota Cawangan Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar serta Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman, berkata tiga kontena yang berisi minuman keras ini disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar.


Katanya, bertindak berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas, pasukan serbuan membuat penahanan terhadap sebuah kontena disyaki berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar pada 10.30 pagi, 31 Mac lalu.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap kontena yang ditahan, pasukan serbuan kastam menemui sejumlah 23,868 liter minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai harga RM85,760 dan anggaran nilai duti serta cukai RM348,290.

"Selang 15 minit kemudian, hari yang sama, bertindak berdasarkan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas di Pelabuhan Sepanggar, pasukan serbuan menahan sebuah lagi kontena juga disyaki berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini," katanya pada sidang media di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap kontena yang ditahan, pasukan serbuan kastam menemui 22,176 liter minuman keras jenis bir pelbagai jenama dengan nilai RM84,040 dan nilai duti serta cukai RM343,816.

"Selepas itu, pada 11 pagi hari yang sama, sebuah lagi kontena ditahan oleh pasukan serbuan hasil penilaian risiko dan imej imbasan mesin pengimbas di Pelabuhan Sepanggar.

"Pasukan serbuan menemui sejumlah 23,868 liter minuman keras jenis bir pelbagai jenama dengan nilai RM85,769 dan anggaran nilai duti serta cukai berjumlah RM348,290.

"Jumlah keseluruhan rampasan minuman keras termasuk cukai dianggarkan RM1,040,300," katanya.

Beliau berkata, modus operandi bagi ketiga-tiga kes ini adalah membuat pengikraran palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056437 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top