CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Pasal Intai Isteri Jiran Mandi

4-4-2023 03:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5003| Komen: 2|Original author: Tatod

Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai sering mengintai jiran mandi di Kampung Seronok, di sini, terbongkar selepas dia ditahan polis semalam.

Perbuatan terkutuk itu diketahui mangsa pada jam 8 pagi selepas menerima video yang dirakam anak jirannya, menunjukkan suspek sedang mengintai dari bahagian belakang bilik mandi wanita berkenaan.


Mangsa yang terkejut dengan video yang diterima menerusi aplikasi WhatsApps itu kemudian memaklumkan suaminya sebelum membuat laporan polis.


Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dalam kenyataan media berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan sejurus polis menerima laporan daripada mangsa.

"Hasil soal siasat mendapati suspek sudah beberapa kali mengintai mangsa.

"Suspek direman sehingga 6 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 4-4-2023 06:30 PM
Ngam la dgn nama kg seronok mmg seronok la dia mengintai
Quote PULANGKAN 5-4-2023 06:00 AM
betul ke pembaris dalam gambar tu? tinggi betul

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.145938 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top