CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dunia Gelap Gelita, Mata Iqbal Mazlan Belum Pulih "Kos Ubat RM800 Sebulan, Mana Nak Korek Duit"

4-4-2023 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5447| Komen: 20

"Saya masih tidak dapat melihat apa-apa, semuanya gelap-gelita," kata pelakon, Iqbal Mazlan, 33, yang masih belum pulih akibat jangkitan virus di matanya sejak 4 Mac lalu.

Iqbal berkata, walaupun sudah dibenarkan pulang, tetapi dia masih bergantung dengan ubat bagi melawan virus berkenaan.


"Walaupun doktor memaklumkan saraf saya sedang pulih tetapi saluran darah mata sudah terlalu kecut sampai kelabu.

"Jika diikutkan saya sudah boleh melihat tetapi sistem mata belum pulih lagi. Jadi, saya masih bergantung dengan ubat melawan virus dan steroid sebanyak 12 biji sehari," katanya kepadanya Harian Metro.

Foto: Harian Metro

Iqbal berkata, dia kini 'patah kaki' apabila bapanya juga tidak dapat bekerja kerana membantunya untuk bergerak.

"Doktor ada sebut selepas ini kos ubat kira-kira RM700 hingga RM800 setiap bulan. Mana saya hendak mencari duit, saya memang memerlukan bantuan. Mana nak bayar rumah, kereta, apatah lagi kita bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.


Iqbal berkata, tunangnya ada menghubungi beberapa yayasan untuk mendapatkan bantuan, namun belum ada apa-apa maklum balas lagi.

"Hidup saya ketika ini masih lagi bergantung kepada bantuan orang ramai menerusi wakaf. Cuma kebanyakkan masa saya di rumah kerana pergerakan terhad. Saya berlapang dada sekiranya ada pihak yang ingin membantu.

"Biarpun diduga dengan ujian sebegini, namun saya tidak sangka masih ramai yang mengenali saya dan mendoakan saya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kebaikan semua pihak," katanya.

Iqbal yang juga juara program Pilih Kasih musim pertama pada 2009 berkata, dia tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus itu dan kini berharap penglihatannya kembali pulih.

"Saya turut mencuba rawatan Islam tetapi apa yang mampu dilakukan. Saya tidak boleh berpuasa kerana masih bergantung kepada ubat, namun Insya-Allah apabila sihat nanti saya akan ganti," katanya.

Pada pagi 4 Mac lalu, Iqbal pada mulanya mengalami masalah kabur pada sebelah mata. Selepas Maghrib, sebelah lagi matanya kabur dan keesokannya, kedua-dua belah matanya tidak lagi boleh melihat.

Dia mulanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Shah Alam dan dimasukkan ke dalam wad di situ. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-4-2023 02:16 PM
Semoga di permudahkan urusan dan cepat sembuh seperti sedia kala.
Quote shernazz 4-4-2023 02:16 PM
Kesiannya..
Harap.ada yang dpt membantu..
Benda.ni.kekal.ke? Tibe2 jadi buta mmg kelam kelibut kita.rasa.dunia kita ni..
Quote senduhazab 4-4-2023 03:48 PM
besar ujian dia. semoga dipermudahkan semua urusan
Quote jlo 4-4-2023 03:58 PM
semoga dia segera sembuh..amin yra
Quote Nurkaseh01 4-4-2023 04:02 PM
Semoga di permudahkan
Quote Mamason 4-4-2023 04:04 PM
Kesiannya... Moga diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah swt serta dipermudahkan segala urusan.  Aaminn
Quote takkizawa 4-4-2023 04:15 PM
Allahu. Semoga dipermudahkan urusan beliau. Berat betul beban tak dapat bayang. Kalau sebelum ni normal aja boleh tengok tiba2 gelap gelita. Huhuhu
Quote nena9042 4-4-2023 04:23 PM
Kesiannya. Hopefully dapat bantuan untuk sembuh balik.
Quote hzln 4-4-2023 04:26 PM
Just a friendly reminder, kpd korang2 yg suka main fon masa tgh baring2 kat katil atau sofa, harap lebih berhati2 juga, sbb fon ni esp bucu dia tu, kalau terjatuh kat muka dan terkena betul2 kat mata, mmg bulih buat jadi buta, dah ada jadi dah
Quote asfaz 4-4-2023 04:37 PM
Semoga diberikan kesembuhan,dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.
Quote LadyCarefree 4-4-2023 11:31 PM
Pergilah minta bantuan kat jabatan sosial hospital. Kalau ya pun ubat kena bayar. Ubat apa tu spesial sangat kot. Dah register mu salam tak?
Quote sharlenetexas 4-4-2023 11:35 PM
Baru ingat iqbal mazlan yg mana satu. Yang jd cucu nenda dlm drama Maharani.


Quote doubleA 5-4-2023 12:10 AM
Kesian ya iols simpati. Semoga Allah menyembuhkan, dan semoga dpt bantuan. Sekelip mata ja jadi
Quote Bolabulat 5-4-2023 05:59 AM
Kita ingat masalah kita dah besar sgt, ni lagilah, berpuluh tahun dapat melihat dunia tiba2 gelap...semoga cepat sembuh.
Quote vanillaninja 5-4-2023 08:10 AM
Sorry tanya sebab I tak tau, bukan kos ubat di govt hospital free ke? Ke ada certain ubat memang berbayar?

Semoga diberikan kesembuhan.
Quote wi_haryati 5-4-2023 08:16 AM
Bolabulat replied at 5-4-2023 05:59 AM
Kita ingat masalah kita dah besar sgt, ni lagilah, berpuluh tahun dapat melihat dunia tiba2 gelap... ...

betul.. aku pun terlintas pikir benda yang sama.. allahu.. betul kata org, kalau kita ingat kita susah, ada org yang lagi susah dari kita
Quote asfaz 5-4-2023 08:32 AM
Harapnya dia dpt melihat semula. Adik ipar ai buta sebelah mata . Tp dia takde tetiba kabur hari ni esok dah tak nmpk. Makan masa jugak.
Mcni la kabur lelama tak nampak . Kita tgk mata dia normal tp buta sebenarnya.  Berkenan dgn saraf rasanya adik ipar ai tu. Doktor kata mmg takleh elok. Sekarang harap sebelah tu ok la. Kesian umur pun muda lagi.
Quote taji2906 5-4-2023 09:00 AM
vanillaninja replied at 5-4-2023 08:10 AM
Sorry tanya sebab I tak tau, bukan kos ubat di govt hospital free ke? Ke ada certain ubat memang ber ...

ada certain ubat gov hospital tak supply so pesakit kena beli sendiri kat farmasi hospital atau farmasi luar. lately ni memang banyak ubat pesakit kena beli sendiri. gov takde bagi peruntukan banyak kat hospital dah
Quote afie_m 5-4-2023 09:09 AM

Semoga di permudahkan

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top