View: 5174|Reply: 20
|
Dunia Gelap Gelita, Mata Iqbal Mazlan Belum Pulih "Kos Ubat RM800 Sebulan, Mana Nak Korek Duit"
[Copy link]
|
|
"Saya masih tidak dapat melihat apa-apa, semuanya gelap-gelita," kata pelakon, Iqbal Mazlan, 33, yang masih belum pulih akibat jangkitan virus di matanya sejak 4 Mac lalu.
Iqbal berkata, walaupun sudah dibenarkan pulang, tetapi dia masih bergantung dengan ubat bagi melawan virus berkenaan.
"Walaupun doktor memaklumkan saraf saya sedang pulih tetapi saluran darah mata sudah terlalu kecut sampai kelabu.
"Jika diikutkan saya sudah boleh melihat tetapi sistem mata belum pulih lagi. Jadi, saya masih bergantung dengan ubat melawan virus dan steroid sebanyak 12 biji sehari," katanya kepadanya Harian Metro.
Foto: Harian Metro
Iqbal berkata, dia kini 'patah kaki' apabila bapanya juga tidak dapat bekerja kerana membantunya untuk bergerak.
"Doktor ada sebut selepas ini kos ubat kira-kira RM700 hingga RM800 setiap bulan. Mana saya hendak mencari duit, saya memang memerlukan bantuan. Mana nak bayar rumah, kereta, apatah lagi kita bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
Iqbal berkata, tunangnya ada menghubungi beberapa yayasan untuk mendapatkan bantuan, namun belum ada apa-apa maklum balas lagi.
"Hidup saya ketika ini masih lagi bergantung kepada bantuan orang ramai menerusi wakaf. Cuma kebanyakkan masa saya di rumah kerana pergerakan terhad. Saya berlapang dada sekiranya ada pihak yang ingin membantu.
"Biarpun diduga dengan ujian sebegini, namun saya tidak sangka masih ramai yang mengenali saya dan mendoakan saya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kebaikan semua pihak," katanya.
Iqbal yang juga juara program Pilih Kasih musim pertama pada 2009 berkata, dia tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus itu dan kini berharap penglihatannya kembali pulih.
"Saya turut mencuba rawatan Islam tetapi apa yang mampu dilakukan. Saya tidak boleh berpuasa kerana masih bergantung kepada ubat, namun Insya-Allah apabila sihat nanti saya akan ganti," katanya.
Pada pagi 4 Mac lalu, Iqbal pada mulanya mengalami masalah kabur pada sebelah mata. Selepas Maghrib, sebelah lagi matanya kabur dan keesokannya, kedua-dua belah matanya tidak lagi boleh melihat.
Dia mulanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, namun kemudiannya dirujuk ke Hospital Shah Alam dan dimasukkan ke dalam wad di situ. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di permudahkan urusan dan cepat sembuh seperti sedia kala. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..
Harap.ada yang dpt membantu..
Benda.ni.kekal.ke? Tibe2 jadi buta mmg kelam kelibut kita.rasa.dunia kita ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
besar ujian dia. semoga dipermudahkan semua urusan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dia segera sembuh..amin yra |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... Moga diberikan syifa dan kesembuhan oleh Allah swt serta dipermudahkan segala urusan. Aaminn |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu. Semoga dipermudahkan urusan beliau. Berat betul beban tak dapat bayang. Kalau sebelum ni normal aja boleh tengok tiba2 gelap gelita. Huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Hopefully dapat bantuan untuk sembuh balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Just a friendly reminder, kpd korang2 yg suka main fon masa tgh baring2 kat katil atau sofa, harap lebih berhati2 juga, sbb fon ni esp bucu dia tu, kalau terjatuh kat muka dan terkena betul2 kat mata, mmg bulih buat jadi buta, dah ada jadi dah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan,dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergilah minta bantuan kat jabatan sosial hospital. Kalau ya pun ubat kena bayar. Ubat apa tu spesial sangat kot. Dah register mu salam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ingat iqbal mazlan yg mana satu. Yang jd cucu nenda dlm drama Maharani.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ya iols simpati. Semoga Allah menyembuhkan, dan semoga dpt bantuan. Sekelip mata ja jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ingat masalah kita dah besar sgt, ni lagilah, berpuluh tahun dapat melihat dunia tiba2 gelap...semoga cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry tanya sebab I tak tau, bukan kos ubat di govt hospital free ke? Ke ada certain ubat memang berbayar?
Semoga diberikan kesembuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. aku pun terlintas pikir benda yang sama.. allahu.. betul kata org, kalau kita ingat kita susah, ada org yang lagi susah dari kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya dia dpt melihat semula. Adik ipar ai buta sebelah mata . Tp dia takde tetiba kabur hari ni esok dah tak nmpk. Makan masa jugak.
Mcni la kabur lelama tak nampak . Kita tgk mata dia normal tp buta sebenarnya. Berkenan dgn saraf rasanya adik ipar ai tu. Doktor kata mmg takleh elok. Sekarang harap sebelah tu ok la. Kesian umur pun muda lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ada certain ubat gov hospital tak supply so pesakit kena beli sendiri kat farmasi hospital atau farmasi luar. lately ni memang banyak ubat pesakit kena beli sendiri. gov takde bagi peruntukan banyak kat hospital dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|