CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

43,019 Pelajar Sekolah Menengah Merokok

4-4-2023 02:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3346| Komen: 9|Original author: Tatod

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terlibat dengan tabiat merokok.


Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dalam tempoh yang sama hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

"Murid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok, manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang ingin tahu perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan sejauh manakah kempen ini berhasil.


Lukanisman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkasa dan memperluaskan program GEGAR-18 yang bertujuan memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan untuk mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

"Kempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen GEGAR-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.

"Selaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi," katanya.

Katanya KKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan.


Sumber: HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-4-2023 02:53 PM
Bukan benda baru tapi dari zaman berzaman dah ada masaalah ni masih tak selesai2 juga
Quote ezacbee 4-4-2023 03:10 PM
Dulu budak2 sekolah rendah pun dah reti isap rokok. Sekarang isap pod.
Quote tripleid 4-4-2023 03:30 PM
Smpai skrg masih takleh brain mcm mana scene merokok dlm drama High Council tu boleh terlepas..

drama/filem gini lah yg sbenarnya pengaruhi budak2 skolah utk merokok.
Quote Kuin-Kepam 5-4-2023 09:15 PM
Rokok x nak haram tp cukai nak.
Quote Skuau 5-4-2023 10:14 PM
huntung la 'pakatan' kapitalis & gomen.Budak sekolah merokok...'kita kaya..naaa'.
Quote DARSITA 6-4-2023 05:53 AM

Budak Melayu mungkin ramai merokok kedua budak india ...budak cina mungkin kurang.
Quote kakikuDibibirmu 6-4-2023 06:02 AM
suk suk suk tubik masuk
masuk lagi ah! ah! tubik lagi
dap dap dap memey sedap
lamo lamo ah! ah! kohok sedap
dipegey-pegey disedut-sedut



[youtube]saDk2tHbO50[/youtube]

http://youtu.be/saDk2tHbO50
Quote Jitu 6-4-2023 07:02 AM
pengaruh rakan sebaya
pernah try dulu sedap jugak rasa masa zaman blh beli sebatang2
tp skrg tak ambik dah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.288564 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top