CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mabuk Cinta! Lelaki Sanggup Melutut 21 Jam, Kebasahan Dalam Hujan Merayu Kembali Kepada Ex-Gf

4-4-2023 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3475| Komen: 0|Original author: Tatod


Seorang lelaki yang mabuk cinta sanggup melutut di luar tempat kerja bekas teman wanitanya sepanjang malam dalam hujan, memohon dirinya diterima kembali.

Pemuda itu melutut di luar pintu masuk bangunan pejabat wanita itu di Dazhou, di wilayah Sichuan barat daya China, dari jam 1 tengah hari pada 28 Mac sehingga 10 pagi keesokan harinya sambil membawa jambangan besar bunga ros.

Video dia merayu cinta selama 21 jam itu telah ditonton sebanyak 150 juta kali di Weibo.


Klip berdurasi 30 saat itu menunjukkan beberapa orang yang lalu lalang menunjukkan rasa prihatin, menggesa lelaki itu menyerah kalah. Tetapi walaupun dalam hujan lebat, dia tetap tidak berputus asa.


Apabila polis tiba, lelaki itu dilaporkan memberitahu mereka: "Adakah salah saya melutut di sini? Jika tidak menyalahi undang-undang, sila tinggalkan saya sendiri."

Bercakap kepada media China Jiu Pai News, seorang saksi bernama Li, berkata lelaki itu dengan berat hati berhenti merayu pada jam 10 pagi keesokan harinya.


Ini bermakna, dia sudah melutut lebih dari 20 jam di tempat yang sama. Dia berkata lelaki itu berlalu apabila cuaca menjadi terlalu sejuk.

"Apa yang dia lakukan adalah sangat tidak perlu.

"Bekas kekasihnya tidak mahu muncul tetapi dia masih di sini tanpa rasa malu."

Di ruangan komen, beberapa netizen berpandangan tindakan lelaki itu adalah satu petanda berjaga-jaga dengan dirinya.

"Jauhi dia.

“Dari video ini, saya faham kenapa bekas teman wanita meninggalkannya.

"Kenapa memalukan diri sendiri? Biarkan dia pergi," demikian antara komen netizen.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.137538 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top