CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Belikan Hadiah, Bawa Makan Luar, Jalan-Jalan, Suami Pinjam Duit Tak Perlu Tuntut Beriya-Iya,"-Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Suami Isteri Dan Artis ...

4-4-2023 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7005| Komen: 49

PUTRAJAYA: Isu cerai-berai dan kisah pergolakan rumah tangga selebriti tanah air turut menarik perhatian ilmuwan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang tampil dengan beberapa nasihat dan panduan berguna.


Menurutnya, suami isteri dinasihatkan supaya tidak berkira-kira dengan pasangan terutama dalam soal menguruskan kewangan kerana ia akan menggerhanakan hubungan.

“Sebagai contoh, isu bayaran tol atau isi minyak yang dipinjam oleh suami jika bersifat sekali-sekala tidak perlulah dituntut dengan sesungguh-sungguhnya,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri.

Foto: Utusan

Katanya, pasangan juga dinasihatkan supaya tidak membesarkan perkara yang kecil serta tidak memanjangkan perkara yang tidak penting serta buangkan sifat yang remeh-temeh.

Zulkifli berkata, dapatan punca perceraian banyak berpunca dari isu-isu yang remeh-temeh yang sepatutnya boleh dimaafkan serta bertolak-ansur.


Menurutnya, pasangan suami isteri juga perlu membiasakan diri dengan menghadiri majlis ilmu agama terutama sekali atau dua kali semingggu termasuk membawa anak-anak bersama.

“Jika boleh sekali sekala dalam setahun atau beberapa bulan gunalah kesempatan untuk melancong bersama berdasarkan kemampuan dan kalaulah mampu pergilah menunaikan umrah bersama.

“Dalam sebulan ajaklah pasangan beberapa kali untuk makan di luar di tempat yang munasabah dan sesuai mengikut selera masing-masing,” katanya.

Selain itu, katanya, pasangan suami isteri juga perlu membudayakan amalan menziarahi orang tua mengikut kesesuaian sebulan atau dua bulan sekali agar ia mendapat restu yang baik dari orang tua kedua belah pihak.

“Suami atau isteri juga perlu biasakan memberi hadiah kepada pasangan masing-masing walaupun kecil terutamanya apabila pulang dari tempat yang jauh sebagai tanda ingatan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 4-4-2023 03:21 PM
Aku suke laa dia ni.. nasihat yg best.. first time ikut kuliah agama dia mmg ternangis aku.. orgnya sgt sgt sederhana.. Sejuk perut mak ngandungkan dia
Quote lurve82 4-4-2023 03:36 PM
kalau laki xbuat hal..setakat benda sikit2 tu xkisah sgt...tp siap la klu laki buat hal...habis semua tuntut smpi tggl spender

-makcik bawang-

Quote sara_thrash 4-4-2023 03:39 PM
Edited by sara_thrash at 4-4-2023 03:45 PM

isteri ni dia takkan berkira dengan suami KALAU si suami pun tak pernah nak berkira dengan si isteri.
ni kalau bagi nafkah wajib pun bercatu lagi nak harapkan duit isteri memang idok la nak baik hati.
mcm ex aku dia pernah kasitahu dia tak nak pinjam sebab kalau pinjam bermaksud dia kena byr balik so dia minta AKA dia nak duit aku sekian2 amaun.


Quote pekanwoohoo 4-4-2023 03:51 PM
Menurutnya, pasangan suami isteri juga perlu membiasakan diri dengan menghadiri majlis ilmu agama terutama sekali atau dua kali semingggu termasuk membawa anak-anak bersama.


Ustaz, kalau semua penceramah yang berikan ceramah agama macam Ustaz yang penuh dengan pengisian, saya pun takde rasa ralat dan segan nak bawak anak dan keluarga ke sana. Tapi masalahnya sekarang kalau dengar majlis ilmu macam ni, mesti si penceramah akan selit jugak lawak-lawak lucah double meaning, kadang tu terangan terus, sampai tak tahu nak letak muka dekat mana bila mendengarnya.
Quote shernazz 4-4-2023 03:56 PM
Surau taman iols bagus .ramai bawa anak2 sekarang..
Sebelum ni ada sorang aunty ni dia suka marah budak2 yang ada main2 atau lalu depan dia ..
Padahal budak umo 3 4 tahun nak gi kat mak dia..lepas tu kurang org dtg bawa budak..
Since aunty TU dah ke masjid lain..tak pasti la berpatah arang ke apa...ramai parents dtg bawa anak2..ada ruang utk anak2...
Harap2 ustaz ni dijemput la ke surau taman ni..sure ramai gila mcm ustazah isfadiah datang dolu....hoho ..
Quote Orix 4-4-2023 04:03 PM
bila lobai nak nasihat jantan supaya bijak mengurus wang dan bijak mencari wang supaya tak perlu pinjam duit bini ???? bila bab2 mcm ni bukan main suruh jgan berkira bagai.... bila bab yg power dekat laki kawen x minta izin isteri pertama, xnak ceraikan isteri wlupun dh lama x berjumpa etc xde pulak ko nk nasihat khuenstttt
Quote ifanonline 4-4-2023 04:17 PM
dr zulkifli have my utmost respect
Quote azimodin 4-4-2023 04:30 PM
Sesekali ok la.. aku pon selalu je lenjan kereta suami tapi x isi minyak dia. Kira ok la sesekali aku bayar makan or belanja dapur, tu pon aku bayar guna duit yg dia bagi jugak. Keluar poket kiri masuk poket kanan

Tapi laki aku ni jenis x suka online banking, kalau nak keluar ribu-riban (asb/TH), dia akan pergi kaunter. Bila emergency terpaksa la pinjam duit aku. Yg ni memang aku tulis dalam buku555.
Quote limesherbet 4-4-2023 04:56 PM
Edited by limesherbet at 4-4-2023 07:01 PM

It's true...women won't berkira when husband buat tanggungjawab termasuk nafkah. but i'm sure any wife pun akan turn off bila umrah hub x bayar, nafkah bulan x bagi then tetiba he spent on new car mcm FK...u get what i mean??? Janji nak bayar balik tapi x buat...mungkir janji tu ciri munafiq..it's not so much abt the money...but about u not keeping yr word. Not keeping your word is HUGE. It's fine maybe Dr terlepas detail ni abt their issues.

I'm sure DD tu tak berkira pun dgn FK..tapi dah dia xnak lepaskan, DD sebut la semua kelemahan kesalahan.
Quote hokeypokey 4-4-2023 06:44 PM
nasihat jantan la woiii dh kata jantan ketua lah khalifah lah yada yada yada, asal lobai jer smua nasihat berat sebelah.. bodoh punya lobai.. semua cari salah betina, menangkan jantan
Quote jfq 4-4-2023 07:12 PM
pekanwoohoo replied at 4-4-2023 03:51 PM
Ustaz, kalau semua penceramah yang berikan ceramah agama macam Ustaz yang penuh dengan pengisian,  ...

Itu tak lagi setat bagi ceramah yg jenis terjerit2
Tak berkenan betul aku
Quote capiloton 4-4-2023 07:15 PM
Edited by capiloton at 4-4-2023 07:20 PM

padan muka, sapa suruh kawen.

baru tahu spesis betina ni memang berkira,
dengan family sendiri pun dia memang berkira

lain kali jangan pilih karier women sebagai bini,
biar kan mereka andartu seumor hidup

bila kerja, pangkat nak besar, gaji nak tinggi,
itu belum lagi jadi provider dan bread winner,
baru guna duit bini sikit,
dah meroyan macam anjing giler
Quote cashewnut 4-4-2023 07:16 PM
Orix replied at 4-4-2023 04:03 PM
bila lobai nak nasihat jantan supaya bijak mengurus wang dan bijak mencari wang supaya tak perlu pin ...

Betul la cakap u ni. Tu ha tu yang kat pemulihan and penjara ramai jantan. Belum lagi yang menonggeng ugama kawin banyak tapi tak mampu, sendiri takde duit, takde sifat rahmah pada bini, biawak idup, kaki betina, kaki pukul, mulut merokok vape, dadih bagai. Pi la setad setazah ni nasihatkan. Apasal tak berkutik petik segala hadis.
Quote rosmahisham 4-4-2023 09:00 PM
Aduihai.. hari2 bwk jln2 ,mkn luar pon klu nk cerai..cerai jgk..sakit ati kot klu suami curang/ada skandal..kawen senyap2 pulak tu..x leh nk tolarate dahhh
Quote kepompong 4-4-2023 09:02 PM
lurve82 replied at 4-4-2023 03:36 PM
kalau laki xbuat hal..setakat benda sikit2 tu xkisah sgt...tp siap la klu laki buat hal...habis semu ...

heh… tu nekdiva zz yg ckp…. bukan setakat makcik bawang
Quote ladybugz 4-4-2023 09:16 PM
ada betulnya ustaz cakap. tp la bagi i isu suami x bagi nafkah tu lebih ramai n lebih byk kes nya. rasanya rata2 i dgr kelur mulut isteri2 yg suami x konsisten dlm beri nafkah. kejap bagi kejap x bagi. atau x bagi terus atau buat senyap aja. x termasuk kes cerai melibatkan nafkah anak.
Quote Highflyer19 4-4-2023 09:24 PM
Kalau nak calculative sgt jgn lah kawin…tu dh mcm kategori  kwn2 bukan jenis yg rapat…lps mkn klau go dutch…mula lah ambik calculator kira balik sbb nk bayar kt kwn yg tolong bayarkn dulu…
Quote doubleharmonic 4-4-2023 10:06 PM
motip tak payah tuntut duit? dah tanggungjawab laki kan kena bagi duit dah kenapa bini pulak yang nak kena tanggung? makin suka la bewak2 babi ni tengok ustaz kemain bekap yihhhh
Quote syamzana 4-4-2023 10:30 PM
shernazz replied at 4-4-2023 03:56 PM
Surau taman iols bagus .ramai bawa anak2 sekarang..
Sebelum ni ada sorang aunty ni dia suka marah bu ...

dulu masjid kat taman iols selalu ada bdk baya 3/4 thn time kita angkat takbir je dia buat kawad cam
sekali takpe lg ehh blh plak dia ulang 2/3x. jalan selangkah berhenti pndang muka kita pastu jln lagi berhenti lg pndg muka org seblah plak. acik x boleh la anakkkk berdekah iols gelak
kesian mak dia nak solat pun kalut. weols smpai kenal la muka bdk tu smpai 3thn solat terawikh masih beraktiviti sama.
pastu thn depannya tgk dia dah elok solat  kat blkg.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.235198 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top