CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Lagi Yang Jual Kuih 10 Sen Sebiji- Berebut Orang Beli, Sejam Dah Licin!

4-4-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3615| Komen: 2

KUALA NERANG – Sebuah gerai di Felda Lubuk Merbau, di sini menjadi tumpuan penduduk yang mahu mendapatkan kuih pada harga 10 sen sebiji.

Gerai Cucoq Sekupang yang diusahakan Roslina Saad, 54, itu menawarkan 15 jenis kuih antaranya karipap, buah melaka, ke­tayap dan lopes.


Menurut Roslina, harga kuih 10 sen sebiji itu kekal sejak dia mula berniaga lebih 20 tahun lalu.

Foto: Kosmo

“Saya tidak nafikan kos bahan mentah meningkat dan boleh dikatakan terlalu tinggi, tetapi saya tetap kekalkan harga kerana mahu bantu orang ramai.

“Sebenarnya apabila kita buat kuih dalam kuantiti yang banyak, kita masih mampu meraih untung dan menggaji pekerja,” katanya di sini semalam.

Katanya, dengan harga tersebut, pelanggannya terutama yang kurang berkemampuan dapat merasai aneka kuih pada harga RM1.

“Kalau beli kuih RM1, pelanggan sudah boleh dapat 10 biji kuih yang boleh dicampur,” ujarnya.


Menurutnya, selain menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan, dia juga mahu me­lakukan amal jariah kepada penduduk di situ menerusi jualan kuih pada harga murah.

“Alhamdulillah, kadangkala kuih habis terjual dalam masa kurang dua jam,” jelasnya yang menyediakan sehingga 5,000 biji kuih setiap hari. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 5-4-2023 06:16 AM
500 pendapatan sehari

penatlah sedikit tapi jaminan bisnes yang lebih baik iaitu kuihnya habis dijual dan boleh kalahkan peniaga2 lain dari segi persaingan, dan pada masa yang sama dapat buat amal jariah.

Hebat strateginya...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.122758 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top