CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada JDT, Tiada Liga - TMJ

4-4-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5353| Komen: 16

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Harimau Selatan mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) membuat dakwaan itu berdasarkan nama besar dan beberapa kejayaan yang dimiliki Harimau Selatan, sekali gus turut memberi kesan kepada nilai komersial liga tempatan.



IG

Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor semalam, menjelaskan bahawa perkara itu adalah fakta yang sebenar.

"Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita".

"JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta," katanya.

Komen itu dibuat Tunku Ismail selepas laman Instagram rasmi JDT berkongsi artikel yang menyatakan bahawa perlawanan membabitkan Harimau Selatan mengungguli rating tontonan di semua platform Astro.


Perkara itu tidak dinafikan dan buktinya juga boleh dilihat dengan jumlah penonton yang hadir ke stadium akan meningkat apabila membabitkan aksi JDT walaupun mereka beraksi di gelanggang lawan.

Jadi, berkemungkinan bahawa nama dan nilai komersial yang dimiliki JDT menjadi daya penarik kepada penyokong pasukan lain untuk ke stadium apabila pasukan mereka berdepan Harimau Selatan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeramadhan 4-4-2023 12:55 PM
Mohon MB Kedah beri sepatah dua kata balun balunan....
Quote pokokmeranti 4-4-2023 12:57 PM
sukan bolasepak tetap hidup dan meriah
Quote kotakominami 4-4-2023 01:08 PM
Jgn dilupa semuanye atas izin Allah
Quote Skuau 4-4-2023 03:24 PM
tak jugak...90an dedulu..bila setiap pasukan 'berdiri sama tinggi...duduk sama rendah'...lagi la meriah....
Quote haruslah 4-4-2023 03:28 PM
Sebelum 2013 pun helok je stadium penuh
Menang gak aff
Xyah sembang gi asia la
U pun sbb merit+kuota bertambah
HM tetap mcm tu jugak
Fasiliti world class tp sangkut kat situ jer
AFF pun x penah menang lg

Unless, start tgk bola since 2013...
Kalau gitu boleh la sembang
Quote mikasa 4-4-2023 03:30 PM
Skuau replied at 4-4-2023 03:24 PM
tak jugak...90an dedulu..bila setiap pasukan 'berdiri sama tinggi...duduk sama rendah'...lagi la mer ...

Zaman company rokok jadi penaja lagi meriah...

Zaman malaysia power jadi Harimau Asia...sampai layak ke Olimpik tu camana pulak Tuanku.


Quote ctaz 4-4-2023 03:31 PM
ala BBNU baru nak kenal liga malaysia...
zaman2 dulu rilek jer...
selangor dgn singapore siap conquer piala malaysia....
tak der pulak sombong bagai
Quote johan-adx 4-4-2023 03:41 PM
bolasepak msia wujud zaman merdeka lg..
era 90an dh start meriah..mslhnya mereka br rasa kemeriahan liga dan bolasepak dlm 7,8thn kebelakangan ni je
Quote ezacbee 4-4-2023 04:04 PM
Aku lagi suka zaman semipro. Penaja dunhill. Paling meriah time tu. Pasukan seimbang. Skuad jking.
Quote ifanonline 4-4-2023 04:18 PM
takde JDT takde masalah...org dah main bolasepak lama dah
Quote ifanonline 4-4-2023 04:19 PM
johan-adx replied at 4-4-2023 03:41 PM
bolasepak msia wujud zaman merdeka lg..
era 90an dh start meriah..mslhnya mereka br rasa kemeriahan  ...

sekarang ni bukan meriah sangat pun, syok sendiri aje
Quote johan-adx 4-4-2023 04:23 PM
ifanonline replied at 4-4-2023 04:19 PM
sekarang ni bukan meriah sangat pun, syok sendiri aje

btul..plg meriah masa zaman semi pro..surat kabor 2 muka belakang cerita bolasepak aje..
tp jdt mana wujud lg time tu..itupsl br nk kompang claim merata2
Quote blue_blur 4-4-2023 06:21 PM
ctaz replied at 4-4-2023 03:31 PM
ala BBNU baru nak kenal liga malaysia...
zaman2 dulu rilek jer...
selangor dgn singapore siap conque ...

hampir every year asyik menang selangor, tak kisah sangat dah time tu, cuma syok sebab time tu, itu ja hiburan yang ada kan...dengan litar batu3 seberang stadium tu... ralat la malaun mana clear kan litar tu buat rumah... kalau circuit masih ada, memang meriah sekarang ni...
Quote Sazreena 4-4-2023 09:08 PM
Ko main duit bolehlah. No doubt players akan pilih team yg bayar byk tapi dari segi jati diri players ko pun byk budak selangor. Selangor tu dah bertahun champion takde lak nak meriak.
Quote zuuu 5-4-2023 04:07 AM
Jujur aq kalo tv siar game jdt aq malas nak layan sangat sebab dah tahu dah keputusannya camne...tapi kalo team lain aq layan je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.097641 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top