CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hormati Proses Penentuan Rasmi Tarikh Hari Raya - Jakim

4-4-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3948| Komen: 1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.




Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.

Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban termasuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada hari Jumaat.

Kandungan poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.


Sebelum ini juga, Jakim pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penularan satu tangkap layar yang memaparkan ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ yang dipercayai disiarkan menerusi paparan iklan di sebuah masjid. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 4-4-2023 12:21 PM
yg buat apps ni mesti jenis posa tak nak, tp ko yg lebih2x

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066201 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top