CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Guru Besar Wanita Lakukan Serangan Seksual Terhadap 2 Kanak-Kanak Perempuan Di Sekolah Yahudi

4-4-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3928| Komen: 1

Mahkamah semalam memutuskan bekas guru besar bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah Yahudi di Australia.

Beliau didapati bersalah selepas melarikan diri ke Israel kira-kira 15 tahun lalu.



Dalam gambar fail yang diambil pada 27 Februari 2018 ini, Malka Leifer, bekas guru Australia yang dituduh melakukan berpuluh-puluh kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah, tiba untuk perbicaraan di Mahkamah Daerah di Baitulmaqdis. - Foto AFP

Juri mendapati, Malka Leifer bersalah atas 18 pertuduhan termasuk rogol dan serangan seksual manakala membebaskannya daripada sembilan pertuduhan lain.

Leifer adalah pengetua Sekolah Adass Israel di Melbourne apabila dia pertama kali dituduh pada 2008 melakukan serangan seksual terhadap murid perempuannya.

Sebelum penahanannya, Leifer melarikan diri ke Israel sehingga mencetuskan pertempuran mahkamah yang berlarutan yang merangkumi lebih 70 perbicaraan ekstradisi.


Beliau yang juga ibu kepada lapan anak itu akhirnya dibawa pulang ke Australia pada 2021 dan dibicarakan pada Februari tahun ini.

Selepas perbicaraan selama tujuh minggu, juri akhirnya mendapati Leifer bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua pelajar itu dalam beberapa siri insiden antara 2003 dan 2007. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.030049 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top