CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Maut Jatuh Tingkat 9

4-4-2023 11:17 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7467| Komen: 51|Original author: Tatod

Seorang duda berusia 45 tahun maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat sembilan Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Melaka, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 petang mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di bumbung tingkat dua Blok D PPR berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata Balai Polis Tanjung Minyak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.55 petang.


"Siasatan awal mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan berikutan dia tinggal seorang diri di sebuah unit kediaman di tingkat sama.

"Mangsa cedera pada tangan kanan dan muka. Siasatan di tempat kejadian oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka tidak menemui sebarang unsur jenayah," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheng, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Jamian Saleh, berkata seramai enam anggota bomba terbabit operasi mengangkat dan menurunkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 4-4-2023 12:22 PM
dejavu baca tajuk ni. teringat kes tahun lepas. thread duda jatuh bangunan jadi thread melondeh hal2 forumer. banyak teh tumpah .. lap .. tumpah .. lap.
Quote ulamalu 4-4-2023 12:37 PM
Sedih pula bulan Ramadan ada juga kejadian mcm ni.
Quote cattiecute 4-4-2023 12:52 PM
pittjie replied at 4-4-2023 12:22 PM
dejavu baca tajuk ni. teringat kes tahun lepas. thread duda jatuh bangunan jadi thread melondeh hal2 ...

sama la. teringat pulak
nak cari balik la tread tu kalau tak kena humban lagi
Quote LoveSungmin 4-4-2023 12:57 PM
yang ni kes dadah.. tengah lari dari polis katanya.. mangsa berbangsa Cina..
Quote Artemesiaa 4-4-2023 12:59 PM
Kes macam ni makin selalu dilapurkan sekarang ni ramai dah mula malas nak ambik tahu
Quote supernaturalee 4-4-2023 01:03 PM
Edited by supernaturalee at 4-4-2023 01:05 PM
cattiecute replied at 4-4-2023 12:52 PM
sama la. teringat pulak
nak cari balik la tread tu kalau tak kena humban lagi
dh jumpa thread tutp bila bkk balik baru teringat
thread tu jgk jd tmpt thread tumpah teh dikalangan forumer
iols delete balik link ke sana
k bye



Quote Kitty_catz 4-4-2023 01:03 PM
pittjie replied at 4-4-2023 12:22 PM
dejavu baca tajuk ni. teringat kes tahun lepas. thread duda jatuh bangunan jadi thread melondeh hal2 ...

koh koh koh

pastu amah2 jah yg melondeh dan terlondeh itewwwww

mcm suchi dalam debu

tp sama2 haprakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote LoveSungmin 4-4-2023 01:05 PM
pittjie replied at 4-4-2023 12:22 PM
dejavu baca tajuk ni. teringat kes tahun lepas. thread duda jatuh bangunan jadi thread melondeh hal2 ...

thread i tu..
Quote cattiecute 4-4-2023 01:19 PM
supernaturalee replied at 4-4-2023 01:03 PM
dh jumpa thread tutp bila bkk balik baru teringat
thread tu jgk jd tmpt thread tumpah teh dikalangan ...

walaupun banyak teh tumpah tetap iols tak berapa kenai orang2 tu semua
newbie katanya.
Quote green~tea 4-4-2023 01:42 PM
Ingatkan thread lama naik balik... kohkohkoh
Quote Thunderclouds 4-4-2023 01:57 PM
Aku nk park popcorn.
Kot² ada sesi londeh melondeh kt tered ni jugak.
Jemu jelak bertered² dok bukak pasal penyondol lately.
Bo.San.
Quote _blackbird 4-4-2023 02:23 PM
duda jatuh lagi....
Quote Simunggu 4-4-2023 02:24 PM
LoveSungmin replied at 4-4-2023 12:57 PM
yang ni kes dadah.. tengah lari dari polis katanya.. mangsa berbangsa Cina..

kenapa sampai bunuh diri pula?
Quote prettyuglybabe 4-4-2023 03:27 PM
tetiba thread lejen overshadow berita duda ini
jangan kena banned pulak kat sini sudah
Quote acik79 4-4-2023 03:30 PM
Ala aku tak sempat join tread tu tiba2 dah hilang
Quote KamikuP 4-4-2023 03:51 PM
Thrread apa tu cuolls cer share
Quote shernazz 4-4-2023 04:01 PM
Naseb bukan @dudaberhias
Kalau tak..habis la dia berporem dalam kubur nnt
Quote kucingitam 4-4-2023 04:03 PM
cer share thread tu..
Quote imanjannah 4-4-2023 04:07 PM
haha.. grab byk popcorn thread duda jatuh dulu.. mcm2 kisah kluar

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.093845 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top