CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melayu Islam Diingatkan Tak Angkuh Hingga Pinggirkan Minoriti

4-4-2023 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4478| Komen: 17|Original author: Tatod


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan orang Melayu Islam sebagai kaum majoriti di negara ini tidak berasa begitu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kumpulan minoriti lain.

Menceritakan pengalamannya ketika berkunjung ke Kemboja baru-baru ini, Perdana Menteri, berkata beliau melihat sendiri bagaimana umat Islam minoriti di negara berkenaan dilayan.

"Saya iftar anjuran Perdana Menteri Kemboja bersama 6,000 umat Islam di sana. Umat islam di Kemboja hanya 10 peratus dan apabila diberi penghormatan, beri ucapan dan ke masjid di sana, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti (beragama) Buddha memberi dan meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan iftar dan beberapa ruang lain termasuk (melantik) menteri, seorang Muslim.

"Itu sebagai pengajaran, kadang-kadang kita yang majoriti (ini) rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap tidak boleh meraikan kelompok (minoriti) lain dan ini bukan dianjurkan dalam pengajaran pedoman Nabi Muhammad SAW," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar berkata, dalam menjaga kepentingan majoriti Melayu Islam di Malaysia, prinsip saling menghormati dan hak semua rakyat perlu dijaga.

"Ini kerja keras kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan saya. Kalau di Kemboja umat islam diraikan, masjid jangan dirobohkan, hak mereka dipertahankan, malah diangkat sebagai menteri untuk mewakili kepentingan mereka.

"Begitulah halnya kepada semua negara lain tanpa mengorbankan kepentingan kelompok majoriti," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 4-4-2023 02:32 PM
pencacai DAPig
Quote Knowlee 4-4-2023 02:38 PM
Kita rilek ja dgn orang Cina, India... Hang yg gelupoq...
Quote copy_paste 4-4-2023 02:40 PM
aku rasa dia xtahu keadaan semasa,
siapa yg dipinggirkan sebenarnya,
Quote copy_paste 4-4-2023 02:40 PM
Knowlee replied at 4-4-2023 02:38 PM
Kita rilek ja dgn orang Cina, India... Hang yg gelupoq...

dia risau sgt rakyat kelas pertama terpinggir hehehehe
Quote Knowlee 4-4-2023 02:43 PM
copy_paste replied at 4-4-2023 02:40 PM
dia risau sgt rakyat kelas pertama terpinggir hehehehe

Dia gelupoq hilang undi nanti... So, kena manjahkan la yg undi dia...
Quote copy_paste 4-4-2023 02:46 PM
Knowlee replied at 4-4-2023 02:43 PM
Dia gelupoq hilang undi nanti... So, kena manjahkan la yg undi dia...

betul ,yg minoriti semua undi dia,itulah yg dia paling jaga
Quote zeed 4-4-2023 02:48 PM
Masalahnya melayu yg dipinggirkan. Tanah rezab melayu ditarah sesuka hati. Suka2 tukar status tanah.
Quote creep_bite 4-4-2023 02:48 PM
Suara proxy DAP dh kedengaran...semoga umat Islam dan Melayu bersatu...menentang golongan munafiqin ini....PRN ni kita buktikan...
Quote whimsicalmusic 4-4-2023 02:54 PM
skrg ni mostly mana2 minoriti lg bkuasa. kena pikir perasaan diorg kalo nk buat apa2
Quote B40tastePosh 4-4-2023 03:08 PM
Sejak bila pulak Cina dan India terpinggir dan Melayu angkuh.

Kau punya politik nak babit rakyat pulak
Quote sranua 5-4-2023 09:29 AM
Makin pelik PM ni, takkan tak pergi tengok KLCC berapa kerat je kedai org Melayu ..itupun dari tingkat bawah dah naik tingkat atas. Mana-mana shopping complex pun sama je. Kaum minoriti yg punya, tapi org melayu majoriti yg datang membeli.
Aduan pekerja melayu pun sama je, takde kebenaran, takde ruang nak solat...sembahyang Jumaat pun terpaksa curi2 masa lunch.
Belum bukak kek terbesar ekonomi negara siapa pegang, 10 jutawan di Malaysia ni, ada ke nama melayu.
Kalau ada si syed mokthar tu pun semedang kena buli...mentangla kawan tu Melayu.
Quote Decaffeinated 5-4-2023 11:27 AM
Ada beza antara yang rasa perlu dibantu sebab lemah dengan rasa entitled sebab dilahirkan berdarah sekian2 walau hakikatnya tak layak. Kalau campur dua2 itu angkuh next level.
Quote kaseh80 5-4-2023 11:48 AM
Merapu much pmx
Quote TomyamPuteh 5-4-2023 11:54 AM
Ini lah Pejuang sebenar yg kita nak tuan tuan.
Quote Orix 5-4-2023 11:58 AM
hahahah jangan angkuh chuols... tak baik chuolsszaahhhh semua x bg minoriti bukak sekolah depa sendiri.... tak baikk chuolsszahhhh x bg minoriti bina kuil,tokong, gereja di sini..... tak baikkkkk chuolssszaaahhhh x bg diorg guna nama Ah Kwan Ah Pek Muthusamy sampai kena tukar ke rosli abu ali bagai.... tak baikkkk chuolsszaahhhh buat 9 daripada 10 org terkaya di Malaysia dari golongan minoriti....

tak baikkk tawwwwwwwwwww
Quote tripleid 5-4-2023 11:59 AM
yang dok mngeelupor sgt tu ada dengar tak ucapan full PMX tuh??

[youtube]ldn2Q-wQEbw[/youtube]

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.033927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top