CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sijil Halal Meragukan, 25 Tan Dada Ayam Sejuk Beku Dari Thailand Disita

4-4-2023 10:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3459| Komen: 1|Original author: Tatod

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita 25 tan dada ayam sejuk beku dari Thailand dalam operasi di pintu masuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, Sabtu lalu.


Pengarah MAQIS negeri Muhammad Ikram Abd Talib, berkata sitaan dibuat selepas pemeriksaan mendapati dada ayam sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import seperti yang ditetapkan.

Katanya, siasatan lanjut turut mendapati pengimportan konsanain seberat 25,000 kilogram itu tidak menyatakan maklumat sijil halal dengan jelas.


"Berikutan itu, dada ayam sejuk beku bernilai RM240,000 disita bagi tindakan lanjut.

"Terdahulu, penguat kuasa MAQIS menjalankan pemeriksaan rutin di pintu masuk NBCT sebelum menemui kontena yang membawa dagangan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].


"Bagi kesalahan ini, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

"MAQIS sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan dan memastikan di semua pintu masuk negara bersama agensi penguatkuasaan di sempadan bagi memastikan komoditi keselamatan keluaran pertanian yang dibawa masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti dan keselamatan makanan," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.066777 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top