Menjelang perayaan Aidilfitri, seperti biasa orang ramai berpusu-pusu membeli pelbagai kelengkapan baik untuk rumah mahupun busana yang akan digayakan raya nanti. Terbaru, pekerja warga asing di kedai fesyen di Nilai 3, Negeri Sembilan, dipercayai dari Pakistan menjadi perhatian kerana memilikii raut wajah yang kacak.
Malah, videonya ketika menjual tudung menerusi sesi live di TikTok meraih hampir setengah juta tontonan. Dalam video berkenaan, pekerja lelaki itu ditemani seorang lagi pekerja dan yang paling mencuri tumpuan tentunya ketika dia menyapa seorang wanita yang meninggalkan komen dengan panggilan sayang. Lebih mengujakan, pekerja itu turut menggayakan beberapa helai tudung yang dijual di kedai berkenaan demi memenuhi permintaan netizen yang sedang menonton siaran langsung.
Rakan sekerjanya turut berseloroh menerusi siaran itu dengan mendakwa lelaki berkenaan sudah berkahwin di Pakistan, namun masih bujang di Malaysia. Nakal betul orang Malaysia yang bergurau mahu menjadi pasangannya. "Abang harga berapa? "Bang nak jadi pakwe saya tak? "Macam jodoh saya," tulis beberapa netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT