Gegaran gempa bumi bermagnitud 6.2 yang terjadi di Sumatera Utara, Indonesia turut dirasai penduduk Flat Pudu Impian, Kuala Lumpur jam 10.59 malam tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 malam.
“Pemanggil memaklumkan terasa gegaran di bangunan kediaman sebelum menggerakkan jentera untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, ketika ini pasukan sedang berada di lokasi dan maklumat lanjut akan menyusul. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT