CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gangguan Bekalan Air: 85 Sekolah Di Manjung Mohon Cuti Ganti

3-4-2023 11:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2082| Komen: 0|Original author: Tatod

Sejumlah 85 sekolah di Manjung ditutup dan memohon cuti ganti hari ini berikutan gangguan bekalan air yang belum pulih di daerah itu sejak Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kesemua sekolah itu membabitkan enam kawasan di daerah itu.


"Di Ayer Tawar sahaja 34 sekolah terjejas, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah membabitkan sekolah rendah, menengah dan jenis kebangsaan.

Gambar hiasan.

"Keputusan untuk menutup 85 sekolah hari ini adalah demi kebajikan dan kesihatan pelajar termasuk pendidik melalui permohonan cuti berganti dengan kelulusan Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak," katanya pada sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan dan Tarawih anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak di sini hari ini.


Sebanyak 79,360 akaun pengguna di Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip air mentah bocor di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pada masa ini kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijangka pulih sepenuhnya sebelum 8 April ini.

Sementara itu, Khairudin berkata JPN Perak amat prihatin dengan situasi ketiadaan air yang akan menyukarkan urusan seharian pelajar dan kakitangan sekolah.

"Mereka perlu ganti hari persekolahan hari ini kepada hari lain kecuali jika bilangan hari persekolahan cukup 190 hari ke atas, maka tidak perlu ganti.

"Seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan, setiap sekolah diberikan empat hari cuti peristiwa, jika tidak ambil, maka cukuplah 190 hari sesi persekolahan, jadi esok mereka akan teruskan sesi persekolahan seperti biasa," katanya.


Sumber: HARIAN METRO



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.028807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top