CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengimport Telur Tuntut Rm20 Juta Dari Azmin

3-4-2023 10:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3148| Komen: 14|Original author: Tatod

Pengimport telur J&E Advance Tech Sdn Bhd telah menghantar surat undang-undang kepada bekas ahli parlimen Gombak, Azmin Ali selepas dia mendakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan memperoleh kontrak untuk mengimport telur itu melalui rundingan terus.


Dalam surat yang dihantar melalui firma guaman Han & Zi, syarikat itu menuntut Azmin membayar RM20 juta sebagai ganti rugi kerana didakwa menjejaskan reputasinya, selain kos perundangan untuk prosiding.

Ia juga menuntut Azmin menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas dakwaannya, dan berjanji tidak akan mengulanginya.


"Sekiranya kami tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari dari penerimaan surat ini, arahan kami adalah untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda," kata surat itu.

Syarikat itu menyasarkan ucapan Azmin di Kuala Lumpur pada 11 Mac, terutamanya sebahagian daripada ucapan di mana Azmin mendakwa Deepak telah memperoleh kontrak untuk mengimport telur melalui rundingan terus.

Kerajaan telah meluluskan import telur dari India sehingga Jun untuk menangani kekurangan teruk telur ayam di pasaran tempatan.

Dua hari selepas Azmin berucap, pengimport tunggal telur itu - J&E Advance Tech - menafikan ia memperoleh kontrak melalui rundingan terus dan mengancam untuk menyaman jika Azmin tidak membuat "kenyataan pembetulan" dalam masa 72 jam.

Dalam surat tuntutannya hari ini, peguam syarikat itu berkata dakwaan Azmin dalam ucapannya adalah tidak benar sama sekali dan secara berniat jahat memutarbelitkan fakta, memberikan gambaran bahawa kerajaan korup dan tidak amanah serta anak guamnya tidak berprinsip dan menipu.

Sebelum ini, syarikat itu juga mengancam untuk menyaman Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong selepas Wee menyorot isu mengenai harga dan kualiti telur import, berbanding telur tempatan biasa.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata Wee tidak boleh disaman kerana kenyataannya dibuat semasa prosiding parlimen dan dengan itu dilindungi di bawah Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

Deepak, sementara itu, sebelum ini menafikan kaitan dengan J&E. Semakan ke atas maklumat syarikat J&E dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Deepak tidak disenaraikan sebagai pemegang saham atau pengarah dalam syarikat itu.


Sumber: MALAYSIAKINI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 3-4-2023 11:09 PM
Masakan tiada angin, takkan pokok boleh bergoyang.
Quote stingertaikjobo 3-4-2023 11:22 PM

Quote Belibis 4-4-2023 05:40 AM
Wahhh.jackpot la kalau menang.wee ka siong pun kena.dah tak payah susah2 nak bisnes telor.duk umah goyang telor.
Quote pokokmeranti 4-4-2023 07:17 AM
Belibis replied at 4-4-2023 05:40 AM
Wahhh.jackpot la kalau menang.wee ka siong pun kena.dah tak payah susah2 nak bisnes telor.duk umah g ...

dalam artikel tu kan sebut Wee x boleh disaman sbb kenyataan dibuat diparlimen maka dilindungi oleh akta parlimen
Quote plywood 4-4-2023 07:25 AM
Azmin dakwa k'jaan anugerahkan Deepak kontrak import telur dari India

Diterbitkan:  Mar 12, 2023 11:53 AM
Dikemaskini:  12:52 PM



Pemimpin Bersatu, Azmin Ali mendakwa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim menganugerahkan kontrak mengimport telur dari India kepada Deepak Jaikishan, seorang peniaga permaidani yang pernah menjadi rakan dan pengkritik kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Dalam ucapannya ketika ceramah Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur malam tadi, bekas menteri kanan kluster ekonomi itu juga mendakwa kontrak itu diberikan melalui rundingan terus, sekali gus bercanggah janji kerajaan untuk menamatkan amalan sedemikian apabila berkuasa.
"Sebelum ni dia (kerajaan) kata nak buat tender terbuka, tidak ada direct nego.

"Pimpinan, ahli parlimen dah cabar dalam parlimen nyatakan siapa dapat kontrak bawa telur India ke Malaysia?

"Tuan-tuan tahu siapa?

"Deepak.

"Deepak siapa? Kawan Rosmah.

"Dalam parlimen tak jawab, tapi kita sudah bongkarkan,” katanya ketika ceramah di Markas PAS Taman Melewar di Kuala Lumpur.



Ahli majlis tertinggi Bersatu itu mendakwa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah membawa Deepak dalam lawatannya ke India sebelum ini.

"Deepak duduk sebelah Mat Sabu pergi ke India.

"Saya nak tanya apa peranan Deepak? Mana tender terbuka?

"Kenapa Deepak je boleh bawa telur, orang lain tak boleh bawa telur?"soalnya.

Dia juga mendakwa telur kategori D yang lebih mahal itu diberi pengecualian oleh kerajaan daripada menjalani saringan keselamatan makanan.
“Saya dapat maklumat daripada kementerian, Deepak diberikan, difahamkan mendapat bekalan kontrak telur ni pada harga 32 sen, tapi kategori D.
"Kita tanya apakah ada saringan keselamatan di Jabatan veterinar?

"kita tahu setiap produk makanan nak masuk ke negara mesti ada lima saringan. Tapi saringan-saringan ni difahamkan dikecualikan

"Siapa yang nak semak tentang keselamatan telur dari India? Siapa nak semak kualiti telur dari India?" soalnya.

‘Special case’

Pada 28 Feb lepas, Mohamad Sabu dilapor berkata hanya sebuah syarikat diberi kebenaran mengimport telur dari India.
Langkah itu diambil bagi menangani isu kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan.

Pada 8 Mac lalu, Mohamad ketika menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengakui syarikat pengimport telur dari India itu tidak dilantik melalui tender terbuka.

"Tidak.

“Dia kena bagi khusus satu kerana kita buat ini dalam keadaan nak menampung (bekalan telur) sementara.

“Maka dibuat kepada “special case”, dan lepas ini kalau keadaan pengurusan telur ini pulih, kita akan kurangkan atau stop import,” kata Mohamad.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Deepak dan Mohamad Sabu untuk mendapatkan respons mereka terhadap dakwaan Azmin.


Quote plywood 4-4-2023 07:27 AM
Game on!                                                      
Quote albedah 4-4-2023 07:39 AM
Masa nak saman wee ka siong, cakap dia bukan le pemeganv saham, xde kepentingan, bukan board bla bla blaaaaa...

Tapi bila nak saman Azmin, dia kata apa yg Azmin cakap x betul, berniat jahat ckp gomen korup, dia bukannya daoat dari rundingan terus..

Kalau kau xde apa2 dalam tu, ngapa plak kujat. Leoas tu apa plak cakap cakap2 wee ka siong tu x betul telur tak berkualiti bla bla bla dah kalau kau xde apa2 dalam company tu, apa lagi mau kujat.

Eh... Apa apa2 ke?
Quote shamsadis 4-4-2023 07:59 AM
ok, so, company siapa dapat projek import telur?
Quote batmana 4-4-2023 08:07 AM
Manusia2
Psl telur pun fitnah sana sni
Belum lagi bincang psl pelakuran nuklear
Cmnela nk maju
Quote supernaturalee 4-4-2023 08:15 AM
albedah replied at 4-4-2023 07:39 AM
Masa nak saman wee ka siong, cakap dia bukan le pemeganv saham, xde kepentingan, bukan board bla bla ...
Deepak, sementara itu, sebelum ini menafikan kaitan dengan J&E. Semakan ke atas maklumat syarikat J&E dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Deepak tidak disenaraikan sebagai pemegang saham atau pengarah dalam syarikat itu.



kannnn
gelabah telur dh kenapa

ade la tuuuu



Quote tripleid 4-4-2023 08:27 AM
Edited by tripleid at 4-4-2023 08:29 AM

Semburit ni lepas join PN ngn dia2 skali dah bjangkit jadi kaki fitnoh mcm lobai Pas..




Quote 3chanceno 4-4-2023 08:31 AM
Bring it on......

Harap Sam tanya Soalan cepumas, kenapa hantar anak ke Melaka tanpa bincang dgn dia dulu

Quote juboqhang 4-4-2023 08:49 AM
Pengimpot tuntut teloq Azmin

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.217107 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top