CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mata Gelap, Kemudian Rebah,” – Nadhir Nasar Kena Strok Haba Di Lokasi Shooting, Ibu Orang Paling Marah

3-4-2023 10:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5654| Komen: 24|Original author: Tatod


Gara-gara memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya sedang menerima rawatan di dalam sebuah ambulans, tahap kesihatan pelakon, Nadhir Nasar menimbulkan kerisauan peminat.

Bercakap kepada Media Hiburan, Nadhir memaklumkan dirinya telah diserang strok haba sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem epik baru-baru ini.

“Pada hari tersebut, saya ada penggambaran bagi babak bertempur. Namun, secara tiba-tiba saya diserang strok haba. Oksigen di dalam badan tidak disalurkan ke kepala.

“Ada babak yang memerlukan saya berlari, menjerit serta bertempur dan ia harus dilakukan dalam ‘one take’ sahaja. Mungkin saya telah melebihi tahap kemampuan kerja saya pada waktu itu.

“Silap saya juga kerana tidak memanaskan badan sebelum mula penggambaran. Mata saya tiba-tiba gelap kemudian saya rebah,” katanya kepada MH.


Katanya lagi, insiden tersebut membuatkan dirinya lebih peka mengenai kondisi badannya sebelum memulakan penggambaran bagi babak ekstrem.

“Strok haba merupakan perkara normal. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas dan kita bekerja melebihi tahap kemampuan badan.

“Pengajarannya, sebagai pelakon, kita kena sedar ruang. Mungkin pada ketika itu saya telah berikan segalanya sampai saya terlupa yang badan saya sudah tidak mampu.

“Pada masa sama, saya tetap kena bagi 100 peratus. Ini memang sudah tugas anak wayang. Kesihatan memang penting tapi kalau kita boleh bagi lebih untuk kepuasan penonton, apa salahnya,” ujarnya lagi.

Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis agihan bubur lambuk Astro Kasih yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu.


Dalam pada itu, Nadhir turut memuji cara pihak produksi mengatasi insiden cemas tersebut.

“Semua orang sangat membantu. Pihak produksi juga ada menyediakan ambulans dan pasukan perubatan. Saya memang puji cara pihak produksi jaga kebajikan pelakon. Memang terbaik.

“Saya berterima kasih kepada pengarah dan ingin memohon maaf kepada barisan pelakon serta kru-kru lain kerana tidak dapat menghabiskan penggambaran.

“Namun, semua pihak sangat memahami. Ini adalah set yang paling bermakna sepanjang saya bergelar pelakon,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini akui insiden seperti ini nyata menimbulkan kerisauan buat keluarga terutama ibunya sendiri

“Keluarga memang agak marah dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ibu saya. Dia tidak berapa suka bila saya cedera.

“Sebelum ini, sudah banyak kali ibu saya bersuara bila saya balik dalam keadaan lebam-lebam dan gatal-gatal ketika penggambaran Projek High Council.

“Tapi kalau hati kita sudah minat sesuatu perkara, susah kita nak dengar kata-kata orang lain. Namun, saya akan berusaha jaga ruang dan jaga diri,” akhirinya.


Sumber: MEDIA HIBURAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hangdenim 3-4-2023 10:21 PM
Wanginya nadhir in calvinssss
Quote dudaberhias 3-4-2023 10:22 PM
alamak kesian... semoga lekas sembuh...
dah la shoot time2 bulan puasa tak boleh minum... mahu taknya kena strok haba...
lepastu cuaca sekarang panas ya amat persis duduk di gurun sahara...

filem epik apa yang deorang lakonkan ni? macam best je...
Quote Mulotkoyak 3-4-2023 10:30 PM
dudaberhias: alamak kesian... semoga lekas  ...
yachhhh suke nadhirrr erkkk… mengeletis biji jubo uols kannn… nguap nguap lubang jubo uols kan
Quote codenamedream 3-4-2023 10:40 PM
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:22 PM
alamak kesian... semoga lekas sembuh...
dah la shoot time2 bulan puasa tak boleh minum... mahu takny ...

Film yang adi bebird tak dijemput tu chuols
Quote bintangct 3-4-2023 10:40 PM
nadhir  ni xde la ensem sgt tp dia ada wow factor la Susah nak ckp hahahaha
Quote dudaberhias 3-4-2023 10:49 PM
codenamedream replied at 3-4-2023 10:40 PM
Film yang adi bebird tak dijemput tu chuols

shining man 2 ke?

kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok
baik iols beli tiket zoo negara tengok burung kakak tua mengira...
Quote codenamedream 3-4-2023 11:02 PM
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:49 PM
shining man 2 ke?

kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok

Shining Man 2 tapi main characternya Legolas.

Pengarah bukan Sol. Heols pun dh kena campak.
Quote Bipolajourney 3-4-2023 11:29 PM
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:49 PM
shining man 2 ke?

kalau si sol arahkan lagi confirm la iols tak tengok

Katanya bukan hidung jambu air kan?
Quote dudaberhias 3-4-2023 11:36 PM
Bipolajourney replied at 3-4-2023 11:29 PM
Katanya bukan hidung jambu air kan?

sape tu kaka... takkan meerqeen dan hun haqeem?
Quote sleepandream 3-4-2023 11:51 PM
produksi filem kita mmg tak pakai stunt man dah ke?
dolu2 ada jeh org jd stuntman dalam pilem2...

si nadhir ni tulang bethol yach.... nak je iols derma daging sikit kat heols

Quote dudaberhias 3-4-2023 11:55 PM
sleepandream replied at 3-4-2023 11:51 PM
produksi filem kita mmg tak pakai stunt man dah ke?
dolu2 ada jeh org jd stuntman dalam pilem2...

stunt man ada kaka... tapi jarang pakai... stunt man hanya muncul dalam beberapa babak tertentu je... iols syak sebab produksi tempatan memang miskin dalam segi editing kalau pakai stuntman nanti kantoi bila muka pelakon tu tak sama... padahal boleh je edit kan... tapi tu la masalahnyaa... director kerepot mana la nak reti edit2 ke hire sfx artist semua ni tak macam filem2 marvel tu, hampir semua stunt tu stuntman buat, pelakon belanja muka je untuk di edit dan tepek kemudian
Quote Lolalala 4-4-2023 12:03 AM
dudaberhias: alamak kesian... semoga lekas  ...


I rasa mat kilau ni
Quote wirazam 4-4-2023 12:06 AM
dudaberhias replied at 3-4-2023 10:22 PM
alamak kesian... semoga lekas sembuh...
dah la shoot time2 bulan puasa tak boleh minum... mahu takny ...

Mat kilau 2 kot
Quote wirazam 4-4-2023 12:07 AM
codenamedream replied at 3-4-2023 11:02 PM
Shining Man 2 tapi main characternya Legolas.

Pengarah bukan Sol. Heols pun dh kena campak.

Siapa legolas tuu
Quote Rogue98 4-4-2023 12:07 AM
Mcm lelaki lembut jer...senang pengsan pulak
Quote alieyrina 4-4-2023 01:04 AM
Nak kata ensem x sgt tp ada sesuatu buat org nk tgk. Gaya cakap mebi ..

Dlm skrin pun dah nampak kurus irl x tahulah sekeping mcm mana
Quote I.K.A888990 4-4-2023 01:48 AM
bdk bbnu confirm berjujuran air mata sampai kering agaknya tgk pojaan hati sakit
tp bdk ni berlakon ok jgk tgk
Quote miszclassique 4-4-2023 02:15 AM
Strok haba ni jangan la main2, kawan i sorang meninggal sebab strok haba
Ingatkan cuma pengsan and dehydrated je just kena masuk iv drip, sekali terus pergi selamanya sbb banyak organ dah affected
Masa tu umur baru 24
Quote cloudnine 4-4-2023 03:21 AM
Nadhir tak shooting bulan puasa ni. Dia stop dulu. Rasanya production filem tu pun stop shooting jugak sempena ramadan. Nadhir buat campaign ramadan astro, gi event buka puasa gitu je. Tapi tengok muka dia kat event BB semalam teruk sunburnt. Kesian pulak. Harap dia jaga diri baik baik la. Kesihatan, badan, muka tu nak pakai lama. Lagi elok stop smoking vaping tu nadhir.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.109666 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top