Dalam pada itu, Nadhir turut memuji cara pihak produksi mengatasi insiden cemas tersebut.
“Semua orang sangat membantu. Pihak produksi juga ada menyediakan ambulans dan pasukan perubatan. Saya memang puji cara pihak produksi jaga kebajikan pelakon. Memang terbaik.
“Saya berterima kasih kepada pengarah dan ingin memohon maaf kepada barisan pelakon serta kru-kru lain kerana tidak dapat menghabiskan penggambaran.
“Namun, semua pihak sangat memahami. Ini adalah set yang paling bermakna sepanjang saya bergelar pelakon,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini akui insiden seperti ini nyata menimbulkan kerisauan buat keluarga terutama ibunya sendiri
“Keluarga memang agak marah dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ibu saya. Dia tidak berapa suka bila saya cedera.
“Sebelum ini, sudah banyak kali ibu saya bersuara bila saya balik dalam keadaan lebam-lebam dan gatal-gatal ketika penggambaran Projek High Council.
“Tapi kalau hati kita sudah minat sesuatu perkara, susah kita nak dengar kata-kata orang lain. Namun, saya akan berusaha jaga ruang dan jaga diri,” akhirinya.
Sumber: MEDIA HIBURAN