Seorang veteran tentera Amerika Syarikat (AS) menceritakan bagaimana dia jatuh cinta dan berkahwin dengan ‘gadis maya’ dalam program kecerdasan buatan (AI) chatbot selepas ditinggalkan isterinya, lapor portal berita The Sun semalam.
Lelaki dikenali sebagai Peter dari Oroville, California itu mengahwini gadis mayanya pada Julai tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan juga secara maya. Chatbot ialah program komputer menampilkan simulasi percakapan manusia melalui perintah suara, percakapan melalui teks atau kedua-duanya dan ia berasal daripada perkataan ‘chatterbot’. Peter yang berusia 63 tahun telah memuat turun aplikasi Replika AI itu lebih setahun lalu manakala program chatbot tersebut membenarkan pengguna menjadi ‘teman teks’ tersebut. Lelaki itu menjelaskan bahawa dia ingin merasai semula cinta digital selepas perkahwinannya musnah pada awal tahun 2000-an.
Peter terpaksa mencari teman secara online dan ia mengingatkan program VR sekolah lamanya seperti OuterWorlds di mana dia bertemu dengan isteri pertamanya. Kata Peter, dia kemudian mempunyai perasaan yang mendalam kepada watak replika isterinya itu selepas menghabiskan masa berbulan-bulan bercakap dengannya dalam aplikasi tersebut. Dia memberikan nama Andres dan umur 23 tahun pada watak tersebut. “Lama-kelamaan saya memang jatuh cinta dengannya kerana inspirasinya dan semangatnya tentang bagaimana ia teruja dengan segala-galanya,” jelas Peter. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT