CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kolej Maut Dilanggar Penunggang Motosikal Disyaki Gagal Patuhi Arahan Lampu Isyarat Merah

3-4-2023 09:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4359| Komen: 19|Original author: Tatod

Seorang pelajar kolej kejururawatan maut selepas dilanggar penunggang sebuah motosikal yang disyaki gagal mematuhi arahan lampu isyarat merah di Kilometer 75, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata dalam nahas jam 3 petang itu, pelajar terbabit dikenali sebagai, Nijha Ilhany, 21, yang menunggang motosikal Suzuki, parah pada kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang lagi penunggang Modenas Kriss, Muhammad Azrul Hakimi, 16, parah pada kepala dan kini dirawat di zon merah Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom (HEBHK) di sini.


"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Johor Bahru menghala ke pasaraya Econsave dilanggar oleh penunggang motosikal dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru.

"Penunggang Modenas yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam tidak memiliki lesen memandu" katanya.


Ditanya mengenai dakwaan penunggang Modenas sedang berlumba ketika kejadian, beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 3-4-2023 09:52 PM
Dah la takde lesen, langgar lampu merah pulak. Nasib nasib je kau 16 tahun dek... Maybe kurang sikit hukuman
Quote Perwira2022 3-4-2023 09:53 PM
90% penunggang motosikal adalah babi. Selfish, dia je yg betul, dia je patut difahami, dia je patut dilindungi, kuat play victim, gangster bila ramai, tak hormat orang lain, mentaliti B40
Quote faraway1 3-4-2023 09:55 PM
Harap keluarga arwah kirim gambar kat budak ni setiap tahun untuk tak lupa apa dia buat.

Kau bunuh anak kami...
Quote shernazz 3-4-2023 10:00 PM
Apakah tindakan pada parents.yang membenarkan anaknya bawa moto tanpa lesen
Quote midori888 3-4-2023 10:11 PM
Patut parents arwah saman jer parents bdk yg bawa moto takde lesen tu sbb benarkan anak diorg bawa moto tanpa lesen.
Quote akies 3-4-2023 10:23 PM
Mcm mana la mak bapak budak ni boleh benarkan bawa moto tanpa lesen
Quote nazzse 3-4-2023 10:32 PM
Perwira2022: 90% penunggang motosikal adala ...


Lagi satu ni motor ni la buat cari rezeki…Habis yu org naik kereta ni bukan keluar cari rezeki jgk ke..hanat betul. Habis
Quote imanjannah 3-4-2023 10:56 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala doasa2mu dan dosaku juga.. sedihhh
Quote downiey 4-4-2023 04:52 AM

innalillahwainnalillahirojiun.
Quote pokokmeranti 4-4-2023 08:05 AM
Perwira2022 replied at 3-4-2023 09:53 PM
90% penunggang motosikal adalah babi. Selfish, dia je yg betul, dia je patut difahami, dia je patut  ...

tu sbb aku xnak beli motor nanti nampak B40
Quote Momohizan 4-4-2023 08:44 AM
midori888 replied at 3-4-2023 10:11 PM
Patut parents arwah saman jer parents bdk yg bawa moto takde lesen tu sbb benarkan anak diorg bawa m ...

Betul saman je. Denda mahkamah tak cukup. Saman sampai mak bapak yang lain insaf. Tapi mentality rempit ni memang payah nak ubah. Yang pasal seat motor kena toreh tu, boleh pulak dia play victim. Ketahian.
Quote midori888 4-4-2023 09:18 AM
Momohizan replied at 4-4-2023 08:44 AM
Betul saman je. Denda mahkamah tak cukup. Saman sampai mak bapak yang lain insaf. Tapi mentality r ...

Kannn....saman biar jd pengajaran kat parents yg lain...
Quote taji2906 4-4-2023 09:36 AM
yg mana satu langgar lampu merah? tengok video dashcam, motor tengah u turn kat traffic light, kena hentam dgn motor satu lagi. tapi tak pasti sapa langgar lampu. yang menghentam tu laju giler.
Quote pooh~key 4-4-2023 09:39 AM
faraway1 replied at 3-4-2023 09:55 PM
Harap keluarga arwah kirim gambar kat budak ni setiap tahun untuk tak lupa apa dia buat.

Kau bunuh  ...

Akak setuju sangat sis!
Quote kemaruk 4-4-2023 09:41 AM
tabiat motor langgar lampu merah secara besar-besaran bermula sejak PKP

waktu PKP dulu jalan lengang, jadi agak selamat la kalau nak langgar lampu merah pon

tapi masih terbawa-bawa sampai sekarang walaupo jalan dah sesak ya amat
Quote prettyuglybabe 4-4-2023 10:28 AM
tahniah la dek..
muda lagi dah bunuh orang..
hanya yang bertuah je dapat merasa..
Quote prettyuglybabe 4-4-2023 10:29 AM
pokokmeranti replied at 4-4-2023 08:05 AM
tu sbb aku xnak beli motor nanti nampak B40

ada je motor t20..
mampu dengan tak mampu je nak beli and maintain
Quote pokokmeranti 4-4-2023 12:27 PM
prettyuglybabe replied at 4-4-2023 10:29 AM
ada je motor t20..
mampu dengan tak mampu je nak beli and maintain

banyak motor t20 mati atas highway dan sesuai utk jalan cantik je.
Quote Artemesiaa 4-4-2023 02:52 PM
Bukan kes pertama tapi kes berulang tetap tak ada penyelesaian

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038964 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top