Pelakon Shakila Khoriri memberitahu hubungannya dengan bekas suami iaitu Fizi Ali masih dingin sejak mereka bercerai tiga tahun lalu.
Shakila atau Nurul shakilla Mohd Khoriri, 34, malah berkata, dia dan Fizi adakalanya bergaduh tetapi tidak pernah dihadapan anak perempuan mereka iaitu Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
"Kadang-kadang kami masih bergaduh tetapi hanya dalam telefon sahaja sebab tidak mahu tunjuk kepada anak.
"Saya dan Fizi masih berhubung cuma jangan salah faham, ia cuma semata-mata tentang anak kami," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Shakilla berkata, dia kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja menggangu kebahagian orang lain demi hidup senang.
Katanya, tuduhan tersebut bersifat jahat terhadapnya dan meminta individu yang memfitnahnya tampil bersemuka dengannya.
"Saya memang marah tapi malas nak muat naik di media sosial sebab isu ini sangat sensitif.
"Kalau betul saya menggangu atau menempel dengan suami orang disebabkan duit dan mahu hidup senang, orang yang bercakap itu sila tampilkan bukti.
"Jika tiada bukti, baik tutup mulut, jaga keluarga sendiri dan jangan sibuk hal orang lain," katanya.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
who are yusss... maaf la kaka terlampau muda untuk kenali sheolsss...
yang kenal sheols tu dah boleh simpan saving sikit untuk raya ni... dari ko duk tukar langsir, karpet dan kerusi atau beli kuih raya... baik lah pergi kaunter esteloder esok untuk beli advanced night repair supaya boleh titik tiap2 malam bagi wajah nampak muda balik... choiiii