CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Boleh Jana Lebih Rm4b Jika Naikkan Cukai Rokok

3-4-2023 04:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4706| Komen: 8|Original author: Tatod

Kerajaan boleh menjana lebih RM4 bilion setahun daripada kutipan cukai rokok jika kadar cukainya dinaikkan, iaitu pendapatan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai yang bakal diperoleh daripada industri vape.


Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata jika benar langkah kerajaan melaksanakan cukai untuk vape seperti yang diumumkan, baru-baru ini, adalah untuk meningkatkan kutipan hasil negara, kenaikan cukai rokok tidak sepatutnya dihentikan sejak lapan tahun lalu.

Beliau mengulas mengenai pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) bagi rokok elektronik dan vape, yang mempunyai kandungan nikotin, berkuat kuasa pada Sabtu.

Gambar hiasan.

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi satu notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat lalu.


Berdasarkan notis warta itu, duti baharu itu berkuat kuasa berikutan bermulanya Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2023.

Kerajaan turut mewartakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok, serta cecair vape, dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pada Jumaat lalu, warta itu adalah sebahagian daripada Perintah Racun Pindaan Senarai Racun 2023.

Muhammad Sha'ani berkata, turut mempersoalkan hujah kerajaan yang pelaksanaan cukai untuk vape itu bertujuan membantu peniaga vape yang kebanyakannya Bumiputera dan menyifatkannya tidak berdasarkan fakta sebenar.

"Benarkah pengusaha Bumiputera yang ramai dalam penjualan vape ini? Kerajaan boleh semak siapa pemilik syarikat vape yang ada di negara ini. Segala maklumat ini boleh didapati daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk siapa pembekal, pemegang saham, pengarah syarikat dan kita boleh tahu sebenarnya kedudukan industri ini.

"Saya bimbang mereka sengaja menggunakan nama orang Melayu, yang sekadar 'Ali Baba' untuk membolehkan perundangan diubah sesuka hati, dengan menggunakan data ini sebagai alasan membantu Bumiputera," katanya.

Beliau menegaskan, pakar kesihatan dan racun juga menolak pengecualian cecair nikotin untuk vape dalam Akta Racun 1952.

Jelasnya, masalah merokok dan penggunaan vape serta dadah adalah masalah besar, khususnya golongan muda di negara ini.

"Kita juga bimbang dengan risiko penggunaan vape dalam kalangan kanak-kanak," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, MCTC menggesa kerajaan membentangkan semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok serta dasar Generasi Penamat (GEG) bagi menangani masalah merokok dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Kerajaan terutama Kementerian Kesihatan (KKM) sepatutnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk membentangkan RUU ini kerana draf RUU itu sudah dikaji semula dan dipersetujui Jawatankuasa Parlimen sebelum Parlimen dibubarkan tahun lalu," katanya.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 4-4-2023 03:27 AM
Naikkan lagi. Lagi lagi dan lagi.
Quote Nana_Man 4-4-2023 04:39 AM
Naikkn je lah. Mahal mcm mana pun, smokers will still smoke.
Quote daisy71 4-4-2023 04:46 AM
Rokok seludup tu banteras dulu. Kerajaan tak dpt duit warga asing yg kayo
Quote rogayahtop 4-4-2023 06:23 AM
mentang2 b40 yg ramai isap rokok

cuba naikan tax alcohol tu. dgn mabuk langgar orgnya , minum open, boleh jual 24 jam pulak dekat malaysia ni.

lepas tu naikkan tax kereta2/SUV mewah/ barang2an mewah.


yg kaya bila naik tax rokok ni smuggler dan mereka2 yg berkenaan.
Quote cranell 4-4-2023 06:45 AM
lagi naik cukai, lagi untung smuggler. lagi rugi kerajaan bila orang beli rokok seludup. langsung satu sen cukai tak dapat.

Quote pokokmeranti 4-4-2023 07:55 AM
bila cukai rokok naik, maka rokok seludup pun naik harga......tapi rokok seludup tetap dibeli ssb lebih murah walaupun ianya disorok dalam kandang babi.
Quote balakkampung 4-4-2023 08:23 AM
berapa harga rokok sekotak sekarang? aku dah lama benti rokok..dulu2 zaman naga rokok Dunhill baru RM10.20 sekotak.
Quote najib888 4-4-2023 08:52 AM
Tax naik, rokok seludup bertambah.. kos operasi banteras penyeludup naik sbb kena bayar OT, kos bahan api..
turunkn tax rokok, turunkan harga rokok biaq setanding dgn harga rokok seludup.
Mengaku je la, apa2 kempen bahaya merokok ni failed sejak zaman berzaman. Perabih duit sahaja..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.118507 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top