CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Kau Sekat Rezeki Orang?" - Boy Iman Perang Dengan Rakan Artis Sebab Dikhianati?

3-4-2023 03:53 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9836| Komen: 50|Original author: LilRose

Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Boy Iman baru-baru ini mendakwa dikhianati rakan artis yang dikenalinya secara rapat.

Dakwanya, artis berkenaan bersikap tamak dan cuba menggagalkan perniagaannya serta rakan artis lain.



Kredit foto: IG

"Sanggup buat aku yang dia kenal, dia baik, dia kenal lama, pernah bersama berjuang dalam mencari rezeki sama-sama," tulisnya.

Kata Boy, bukan satu perkara mudah mengumpulkan rakan usahawa selebriti di bawah satu bumbung, apatah lagi himpunan terbesar untuk tahun 2023 yang menggabungkan tiga persatuan artis bersama Kelab Usahawan Selebriti Malaysia yang ditubuhkannya.

"Mereka ini pun sama macam kau artis. Bukan kau tak kenal, malah pernah bekerja bersama dalam Industri.


Kredit foto: IG


"Sebagai Pengasas & Presiden NGO aku sangat tidak bersetuju, malah membantah tindakan kau ini.

"Di saat semua kawan artis kau dan aku sedang bangkit dari "Kegawatan Ekonomi" akibat PKP selama 2 tahun. Kenapa perlu kau sekat rezeki orang?" soalnya.

Dalam masa sama, Boy menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.


Kredit foto: IG

Terdahulu, CEO Hoorrey Fest Raya 2023 yang bakal berlangsung 19 hingga 21 April ini mendakwa, acaranya cuba disabotaj penyanyi sensasi.

Dakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Asia Global Entertainment, Datuk Mohammad Alif Hakim, Ifa Raziah yang juga CEO Starvendors melarang selebriti yang terlibat dalam karnival jualannya menyertai acara serupa anjuran pihak lain. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 3-4-2023 04:01 PM
Heshe gaduh dengan tok ifa raziah keeee???? Siaplah. Makan popcorn weols
Quote Perawankota 3-4-2023 10:15 PM
Kita tengok siapa yang menang…
Quote dudaberhias 3-4-2023 10:21 PM
padan muka... sebelum kau scam dia... baik dia scam dan pedajal ko dulu agittewww... karma itu benar nak... bak kata moyang leluhur yindu langkasuka dari tumpat...
Quote sleepandream 4-4-2023 12:29 AM
kalau tarikh lain2 biar p la...
Quote anony-mous 4-4-2023 01:01 AM
First time event ni buat hari biasa. Rabu smpai jemaat
Quote Knowlee 4-4-2023 07:37 AM
Boleh caya ke event camtu? Letak gambar ramai2 camtu, betul ke semua boleh join? Dulu pernah ada event yg letak gambar ramai2 camtu, hujung2 menipu je. Lupa dah event apa.
Quote emera 4-4-2023 09:49 AM
Mcm2 ko buat nak dpt duit. Semua aku tgk cara nk kelepet duit org.
Quote nakkomenjugak 4-4-2023 10:57 PM
Adakah ini kurma?
Quote None68 5-4-2023 02:16 AM
Scammer terciduk
Quote ujio 5-4-2023 03:55 AM
Bukan gelaran Datuk/Dato dia ni dah kena tarik ke..?
Quote namieamuro 5-4-2023 06:00 AM
gitu la perasaan mangsa2 yg ko scam dlu hanat datok pagar pelsu hoiiii. bebuat lupe ke perangai ko sblm ni. rasain lho
Quote SalenaGomez 5-4-2023 06:17 AM
belilies replied at 3-4-2023 04:01 PM
Heshe gaduh dengan tok ifa raziah keeee???? Siaplah. Makan popcorn weols

Tah2 nak viral je lebih…nak kasi event dia viral so free publisiti kan
Quote wanitacomot 20-4-2023 05:40 AM
Last² event ni scam upanya.. sian vendor² terlibat
Quote Selubung 20-4-2023 06:07 AM
wanitacomot replied at 20-4-2023 05:40 AM
Last² event ni scam upanya.. sian vendor² terlibat

Ye weyh kesian gila
Apa cerita kes ni?  Dia dh pulangkan duit ke?
Quote telracs 20-4-2023 06:19 AM
Knowlee replied at 3-4-2023 11:37 PM
Boleh caya ke event camtu? Letak gambar ramai2 camtu, betul ke semua boleh join? Dulu pernah ada eve ...

Uish....sejarah berulang la ni...
Quote telracs 20-4-2023 06:22 AM
belilies replied at 3-4-2023 08:01 AM
Heshe gaduh dengan tok ifa raziah keeee???? Siaplah. Makan popcorn weols

So, ifa raziah dah cuba halang mereka dari discam oleh boy tak iman sangat ni...

Selebihnya, meols pun mampu luahkan rasa kasihan sajer ..
Quote Perawankota 20-4-2023 06:26 AM
Kesian dekat peniaga lain.. yang pelik mcmana dorg boleh tak tau mamat ni penganjur
Quote belilies 20-4-2023 09:41 AM
telracs replied at 20-4-2023 06:22 AM
So, ifa raziah dah cuba halang mereka dari discam oleh boy tak iman sangat ni...

Selebihnya, meol ...

Ingatkan tok ifa sembur heols ni. Cam senyap je. Ke sebab heols tak sebut nama?
Quote rayray28 20-4-2023 10:22 AM
anony-mous replied at 4-4-2023 01:01 AM
First time event ni buat hari biasa. Rabu smpai jemaat

Dgrnya byk kali tukar date pn...mlm kelmarin tgk live vendor2 yg nk berniaga semua sedih kena scam..smlm katanya ada PC xtau laa dpt refund ke x duit sewa..tp duit utk brg2 esp makanan mesti burnt

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top