CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Rancang Tambah Anak Tapi Nak Fokus Amir Dulu

3-4-2023 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5576| Komen: 4

Mira Filzah mahu memberi fokus kepada anak sulungnya, Wan Khair Amir terlebih dahulu sebelum merancang untuk menambah zuriat.

Katanya dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada anaknya yang baru berusia setahun selain dia sudah kembali aktif dengan aktiviti seni.


Foto: IG

“Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat. Saya mahu fokus Amir dulu. Memang saya dan suami ada berbincang menambah zuriat tetapi nanti dulu, kita beri perhatian kepada Amir dulu.

“Sekarang pun saya sudah kembali aktif selepas lebih setahun ‘berehat’. Saya lebih banyak luangkan masa dengan Amir sejurus pulang ke rumah dari set penggambaran.

“Apa sahaja yang saya lakukan, keutamaan tetap suami dan anak. Tiada niat lain untuk mencari rezeki halal selain daripada keluarga. Perubahan hidup mematangkan saya,” katanya.



Mira yang baru sahaja melancarkan jenama hijabnya sendiri, Mira Filzah juga berkata, suaminya, Wan Emir Astar juga tidak meletakkan searang syarat untuk dia kembali aktif dalam dunia seni.

“Alhamdulillah, suami sangat terbuka saya kembali aktif. Dia adalah sistem sokongan saya yang terbesar. Tetapi saya sedar batas dan had sebagai seorang isteri.


“Apa yang saya lakukan, adalah kehendak saya. Suami selalu memberi sokongan selagi tidak bercanggah dengan hukum hakam. Saya seorang isteri dan ibu, saya tahu peranan itu.

“Saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu tempiasnya kena pada suami dan anak. Saya sebagai wanita cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk mereka,” ujarnya.




Mira yang baru menyambut ulang tahun ke-30 nya semalam mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir pada 2 September 2020. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-4-2023 04:16 PM
oh ok, lepas buat anak sorang lagi sila bersara dari industri hiburan yach! ko fokus je buat anak nok... sebab kalau berlakon... watak tetap kayu kejung kaku... padahal watak sama juga yang di beri pada kau nyah...
Quote Nurkaseh01 5-4-2023 05:56 PM
Ingat lah merancang itu penting
Quote insyi81 5-4-2023 07:02 PM
eh bby kecik lagi tu..
Quote TerataiMelur02 5-4-2023 07:17 PM
“Apa yang saya lakukan, adalah kehendak saya. Suami selalu memberi sokongan selagi tidak bercanggah dengan hukum hakam. Saya seorang isteri dan ibu, saya tahu peranan itu.”

Apooo..dah berlakon tu kene acah sweet dengan lelaki lain, manja2 apa semua tu Celah mana scene2 tu menepati syariat?

Toksah tunggang agama noks. Ngaku je hang suka kan perhatian serta populariti.

Lagi pun laki kan dah join politik sekaligus haruslah menggunakan populariti bini

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.030505 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top