CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tony Eusoff Syukur Masih Jadi Pilihan Pegang Watak Hero Pada Usia Sekarang

3-4-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5205| Komen: 3

Tony Eusoff menganggap keberadaannya dalam industri seni tanah air sehingga hari ini dianggap sebagai tuah kurniaan Tuhan terhadapnya.

Tutur pemilik nama penuh Anthony Joseph anak Hermas Rajiman berkenaan, dia tidak pernah mengejar atau meletakkan harapan untuk terus kekal relevan sementelahan pada usianya hampir mencecah 50 tahun.



IG

“Masih menjadi pilihan untuk pegang watak hero pada usia sekarang sesuatu yang perlu saya syukuri.

“Mungkin benar apa yang orang cakap kemuncak kerjaya pelakon lelaki ialah ketika mereka berada dalam lingkungan 40-an. Itulah saya ketika ini,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Selain tuah, industri seni khususnya dalam filem dan drama yang semakin galak muncul dengan pelbagai genre turut memberi peluang untuk pelakon seusianya terus berkarya.

“Nasib baik satu hal, kemudian ditambah pula dengan filem dan drama tanah air sudah berkembang dengan pelbagai genre berbanding 10 tahun lalu.


“Perkara itu membuka peluang untuk pelakon senior seperti kami terus bekerja dengan pelbagai watak mengikut kehendak jalan cerita.

“Jadi, dari situ kita akan dapat melihat ramai pelakon berusia seperti saya diberi peluang untuk mewakili generasi kami dalam sesuatu penceritaan,” jelasnya panjang lebar.

Aktor berusia 46 tahun itu juga berpendapat, disiplin dan kepercayaan ramai juga antara sebab dia masih berada dalam liga seni hari ini.

Ungkapnya, jika sentiasa berikan yang terbaik, lama-kelamaan orang sekeliling akan memberi penilaian baik, sekali gus sentiasa menjadi pilihan dalam mana-mana projek.

“Selagi beri kejujuran dan sepenuhnya diri sendiri dalam setiap kerja, orang akan suka dan mungkin disebabkan itu ramai dahagakan hasil kerja saya.

“Orang akan nampak usaha itu dan mula menghargai.

“Disiplin juga satu perkara penting dalam hidup supaya semua selesa dan tidak menyusahkan kerja orang lain,” ujar bintang filem Penunggang Agama 2 itu.


IG

Tidak menolak sekiranya ditawarkan watak stereotaip, Tony sebaliknya akan berusaha untuk mencorakkkan setiap karakter yang hampir sama agar tidak kelihatan membosankan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-4-2023 04:17 PM
hero untuk genre apa? kalau drama cinta cintun tak sesuai dah nokkk... dah rhoper abah2 gittewww... tak kosser la plak nak nengok orang tua bercinta dengan bebudak macam drama producer2 sekarang... macam bapak dan anak...

baik aku kalih ke channel animal planet...
Quote Mulotkoyak 3-4-2023 05:28 PM
dudaberhias: hero untuk genre apa? kalau dr ...
iolsssa pun tertanya2 watak ape tu... Maybe filem epic kot....
Quote Perawankota 3-4-2023 10:23 PM
Mulotkoyak: iolsssa pun tertanya2 watak ap ...


Hero utk drama Series Liar kat ASTRO.. Anyway jumpa dia few times kat luar encem and tak sombong

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.103361 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top