CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menang Banyak Kerusi Tapi Gagal Jadi Kerajaan Sebab Allah Murka - Zahid

3-4-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4891| Komen: 25

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan segelintir parti politik yang menggunakan agama untuk meraih undi dalam pilihan raya menjadi punca mereka gagal menjadi kerajaan walaupun meraih kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15.


“Saya ingin seru kepada pemimpin itu agar jangan bermain dengan fatwa, jangan main ayat al-Quran, hadis, ijmak ulama’ dan qias.


FB

“Lihat apa yang berlaku bila bermanipulasi, tactical move dan apa jua yang telah terjadi membuatkan Allah memberi pengaran kepada mereka. Biarpun jumlah mereka lebih besar daripada jumlah kita perolehi, hakikatnya yang kecil jadi kerajaan dan yang dapat kerusi terbanyak berada di pihak pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu menyebut parti politik atau individu tersebut secara khusus namun perkara itu boleh dianggap sebagai pengajaran dalam kehidupan.


Jelasnya, mendapatkan sokongan rakyat dengan menyeleweng agama adalah perbuatan terkutuk dan harus dihentikan.

Beliau berpesan, berada dalam gelanggang politik haruslah mengamalkan budaya politik secara rasional dan bukan menggunakan segala elemen yang bertentangan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, amalan ‘sedekah’ pada musim pilihan raya juga menjadi faktor mudah untuk meraih pengundi muda.

“Keadaan sekarang adalah berbeza di mana pengundi baharu mereka perlu sesuatu yang baru. Apatah lagi jika ada pihak yang beri ‘sedekah’  lebih banyak tapi bila ‘sedekah’ itu diberi pada musim pilihan raya sudah tentu ada motif politiknya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihatkan agar perbuatan tersebut tidak diteruskan lagi pada masa akan datang kerana percaya balasan Tuhan adalah pasti. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 3-4-2023 11:40 AM
Riak takbur bongkak utk awak. Malas nak hamun dibulan yg mulia ni
Quote Kak-Rohana 3-4-2023 11:57 AM
Quote ifanonline 3-4-2023 12:01 PM
hairan tul parti2 politik di malaysia...dok berebut wanita janda bernama PASidah, yg sudah sangat barai, bertukar-tukar suami...tapi masih suami2 jahat ni dok sembang pasal janda barai ni...barangkali suami2 dulu suka kpd lubang longgar PASidah ni...
Quote Highflyer19 3-4-2023 12:17 PM
Anwar and zahid…a match made in heaven…one cannot survive without the other…
Quote Orix 3-4-2023 12:57 PM
hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun
Quote spankee_fili 3-4-2023 05:46 PM
ifanonline replied at 3-4-2023 12:01 PM
hairan tul parti2 politik di malaysia...dok berebut wanita janda bernama PASidah, yg sudah sangat ba ...

Skillful dan colorful kot ipan..
Kalau anak dara atas katil keras kejung macam patung so bosan gamaknya..
Quote meteorspeed 3-4-2023 05:48 PM
Jom nyanyi lagi pramlee hoi hoi ya hoo..
Quote ekselen 3-4-2023 06:34 PM
Masa kau belum tiba lagi...jgn takbur sgt...
Quote pocongkiutss 3-4-2023 06:38 PM
So ko nak bgtau yg Allah tak murka kat kau ke????
Quote cikmouse 3-4-2023 07:08 PM
Halah3x....mna tau Allah murka ker idak nieee?..
Quote mojarean_X 3-4-2023 07:10 PM
Well said Wak Zahid. Love you. Nah bunga
Quote Skuau 3-4-2023 07:49 PM
Edited by Skuau at 3-4-2023 07:53 PM

Itu pung....hanya kerana ada orang tu nak berkuasa,memerintah,mengenepikan segala prinsipnya sebelum ini...makanya....hoi..hoi ya hoi....sapa sokong penyamun...pung...'DIPADAMKAN'.
Quote Bawang123 3-4-2023 07:56 PM
Wow.. Just.. Wow.. Monolog dalaman yg terkeluar ke wak?
Quote Belibis 3-4-2023 08:08 PM
Udah2 la wak..dah jadi tpm punnnn..bercukurlaaaaa.rejeki datang terpijak.
Quote B40tastePosh 3-4-2023 08:12 PM
Time ko tengah kongkek PAS semua wangi je pasal PAS kan..Zahid.
Quote ultra78 3-4-2023 08:45 PM
PN gagal bentuk kerajaan sebabnya si Abah tolak mentah-mentah cadangan agong
Quote ctaz 3-4-2023 09:55 PM
HEK ELEH.....jawa sembang....
kalau bukan kuat jilat...jangan harap la duduk kat sebelah PMX
Quote sharlenetexas 3-4-2023 10:06 PM
Pot calling kettle black.


Quote mrseller 3-4-2023 11:16 PM
Wak Jahit jadi PA tuhan ke skrg?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.035986 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top