CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Nak Ganti Tempat Saya Kena Menang Dulu' - Ooi Tze Liang

3-4-2023 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3098| Komen: 1

Mengungguli acara tiga meter papan anjal Kejohanan Terbuka Terbuka Malaysia kali ke-58 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam, Ooi Tze Liang membuktikan masih berada dalam kelas tersendiri.


Atlet terjun negara kelahiran Pulau Pinang itu berjaya menewaskan lima lagi pencabar, termasuk Syafiq Puteh yang sedang berusaha mencari rentak ke Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung 5 hingga 17 Mei depan.


IG

Tze Liang mencatatkan keseluruhan 452.35 mata untuk meraih pingat emas, meninggalkan jauh rakan sepasukan, Chew Yi Wei di tempat kedua dengan catatan 407.10 mata. Syafiq pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila mengumpul keseluruhan 402.70 mata.

Meskipun dia tidak akan ke Sukan SEA kali ini, Tze Liang mengharapkan penerjun muda seperti Syafiq serta Gabriel Gilbert Daim mampu untuk berusaha lebih keras bagi memastikan Malaysia kekal unggul di pentas sukan dwitahunan itu, khususnya acara tiga meter papan anjal yang dipegangnya sejak 2013 hingga 2019.


“Saya rasa mereka (Syafiq dan Gabriel) kena berusaha lebih keras, nak ganti tempat saya kena menang dahulu.

“Memang tugas saya untuk curahkan usaha keras saya 100 peratus bila saya tandatangani kontrak dan terima elaun sebagai atlet, jadi kepada budak di bawah saya, mereka kena lihat apa lagi yang perlu dipertingkatkan, kalau mereka hanya sasarkan nak pergi Sukan SEA, mereka tidak akan pergi jauh, mereka perlu sasar lebih tinggi.

“Senang tak senang (ganti tempat dalam skuad kebangsaan), saya bagi mereka untuk menjawabnya, yang penting kalau saya larat lagi, saya akan berikan usaha habis-habisan,” jelas Tze Liang yang ditemui pemberita.

Atlet terjun wanita negara, Kimberly Bong menepati ramalan untuk memenangi acara tiga meter papan anjal wanita dengan catatan 280.35 mata. Pingat perak milik rakan senegara, Ong Ker Ying yang meraih 252.60 mata, sementara pingat gangsa diraih atlet Singapura, Alycia Lim yang mengumpul 171.30 mata.

Manakala dalam acara terjun seirama lelaki, Gabriel beraksi baik dengan Yi Wei untuk meraih pingat emas dengan catatan 341.49 mata, mengatasi penerjun Singapura, Ayden Ng dan Kenji Tan yang melakar catatan 258.45 mata. Pingat gangsa milik penerjun muda Sarawak, Awang Shazrzan Nasrin-Soh Tze Kang.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-4-2023 10:28 AM
tu kalau pakai sepetot yang biasa mengganggu ekkk...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.025180 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top