CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi Lebih RM5,000 Gara-Gara Anak Tertumpah Pengilat Kuku Pada Pakaian Di Butik Berjenama

3-4-2023 12:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 27050| Komen: 280|Original author: Tatod


Penyanyi Tomok terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.

"Saya bersama keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.


"Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899," katanya.

Tomok berkongsi kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Ahad.

Susulan kejadian itu, Tomok memaklumkan pihak pengurusan butik itu tidak membenarkan dia beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.


Mengakui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok berkata, dia membayar ganti rugi tersebut selepas pihak butik memberi diskaun terhadap semua pakaian yang rosak.

"Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini... selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.

"Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.

"Ujian nak raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya," luahnya.


Sumber: mStar, IG Tomok




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 3-4-2023 12:59 AM
Kesian. Dekat 6K kena ganti. Nampak baju2 tu pun saiz kecik2.
Quote samshik 3-4-2023 01:00 AM
If abah I olls.. Sumpah xdo duit ghayer ngn baju ry la if I olls buat gini.. Silap2 kono smack down haa..
Quote awenda507 3-4-2023 01:04 AM
Dh mmg salah dia kn. Mcm mana la ank dia blh tumpahkn pengilat kuku tu eh? Trbang beribu duit ayah nk membayo tak pasal2
Quote Perawankota 3-4-2023 01:05 AM
Mana dtg pengilat kuku?
Quote AnnaMarrytta 3-4-2023 01:16 AM
Perawankota replied at 3-4-2023 01:05 AM
Mana dtg pengilat kuku?

haah kan.. mana dtg eh.. anak2 dia semua laki kan
Quote rayna_raynes 3-4-2023 01:21 AM

main cutex mak dia kot. maybe ada dalam handbag mak ke apa

Quote cheezel 3-4-2023 01:27 AM
Kesian mak bapak. Nasib jenis berduit
Quote miracle_forever 3-4-2023 01:35 AM
bagus la. let’s this be a lesson for parents yg ignorant tak reti jaga anak bila shopping or at public space
Quote putriTS 3-4-2023 01:39 AM
AnnaMarrytta replied at 3-4-2023 01:16 AM
haah kan.. mana dtg eh.. anak2 dia semua laki kan

Anak dia yg last tu kan girl...khadija ke apa namanya. Dia punya la kot. Nail polish budak2 punya.
Quote winky1 3-4-2023 01:54 AM
Mana dtg Cutex tu?
Quote dudaberhias 3-4-2023 01:57 AM
Macam mana tiba2 boleh ada naik polish? Iols benda sebegitu memang tidak la nak bagi anak main. Baik kau hempuk dan debik je anak kau tu. Takyah la manjakan sangat. Plus budak2 tak sesuai yach nak bawak shopping kat butik2 melainkan nak belikan baju untuk deorang. Budak2 tak suka ikut jalan2 ni semua. Yang gigih nak hangkut anak walaupun anak tu serupa kena sumpah beruk tu mak bapa je. Kalau tanya budak tu, dia pun tak kuasa nak ikut ke mall bagai.
Quote rayna_raynes 3-4-2023 01:58 AM
dudaberhias replied at 3-4-2023 01:57 AM
Macam mana tiba2 boleh ada naik polish? Iols benda sebegitu memang tidak la nak bagi anak main. Baik ...

Dah tu takkan nak tinggal dekat rumah

Quote dudaberhias 3-4-2023 02:04 AM
rayna_raynes replied at 3-4-2023 01:58 AM
Dah tu takkan nak tinggal dekat rumah

Tinggal dekat nenek ke atau atuk la kot. Actually better tau kaka kalau shopping tanpa bebudak kecik, nak shopping pun aman gittew. Kalau bawak anak ni huru hara sebab budak2 tu bukan nak ikut kita jalan sangat pun, ada je akal dia bila dia naik bosan mengikut. Bila anak2 tak nak ikut jangan di paksa2, takpun sorang jaga anak2 dan tunggu dekat luar.
Quote faraway1 3-4-2023 02:07 AM
Takda insurance ke.Kedai tu untuk benda benda tak disangka camni.
Quote izat123 3-4-2023 02:47 AM
dudaberhias replied at 3-4-2023 02:04 AM
Tinggal dekat nenek ke atau atuk la kot. Actually better tau kaka kalau shopping tanpa bebudak kec ...

Kan dia kata shopping lepas berbuka. Dia berbuka denfan family area situ lah tu. Habis berbuka, singgah kejap tengok tengok barang kot ada nak beli. Tak kan berbuka nak tinggal anak anak
Quote fcl29 3-4-2023 04:24 AM
mende tak diduga.. takutnya la kalo jadi kat iols.. semoga dipermudahkan urusan
Quote kaoru44 3-4-2023 05:31 AM
alahai ank pun...smpai 5k terbang..
Quote talia 3-4-2023 05:34 AM
Artis2 kan kaya, celah gigi jer ni
Quote jambatannetizen 3-4-2023 05:39 AM
Kesian dia hahahahahaha. Kena alert pasni, jgn bagi anak pegang2 apa painting. Pen/pencil.

Lihat semua komen(280)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042176 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top