View: 26832|Reply: 278
|
Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi Lebih RM5,000 Gara-Gara Anak Tertumpah Pengilat Kuku Pada Pakaian Di Butik Berjenama
[Copy link]
|
|
Penyanyi Tomok terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama.
Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka.
"Saya bersama keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.
"Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899," katanya.
Tomok berkongsi kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Ahad.
Susulan kejadian itu, Tomok memaklumkan pihak pengurusan butik itu tidak membenarkan dia beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak.
Mengakui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok berkata, dia membayar ganti rugi tersebut selepas pihak butik memberi diskaun terhadap semua pakaian yang rosak.
"Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini... selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.
" engilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya.
"Ujian nak raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya," luahnya.
Sumber: mStar, IG Tomok
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Dekat 6K kena ganti. Nampak baju2 tu pun saiz kecik2. |
|
|
|
|
|
|
|
If abah I olls.. Sumpah xdo duit ghayer ngn baju ry la if I olls buat gini.. Silap2 kono smack down haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh mmg salah dia kn. Mcm mana la ank dia blh tumpahkn pengilat kuku tu eh? Trbang beribu duit ayah nk membayo tak pasal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 3-4-2023 01:05 AM
Mana dtg pengilat kuku?
haah kan.. mana dtg eh.. anak2 dia semua laki kan |
|
|
|
|
|
|
|
main cutex mak dia kot. maybe ada dalam handbag mak ke apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mak bapak. Nasib jenis berduit |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la. let’s this be a lesson for parents yg ignorant tak reti jaga anak bila shopping or at public space |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia yg last tu kan girl...khadija ke apa namanya. Dia punya la kot. Nail polish budak2 punya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana tiba2 boleh ada naik polish? Iols benda sebegitu memang tidak la nak bagi anak main. Baik kau hempuk dan debik je anak kau tu. Takyah la manjakan sangat. Plus budak2 tak sesuai yach nak bawak shopping kat butik2 melainkan nak belikan baju untuk deorang. Budak2 tak suka ikut jalan2 ni semua. Yang gigih nak hangkut anak walaupun anak tu serupa kena sumpah beruk tu mak bapa je. Kalau tanya budak tu, dia pun tak kuasa nak ikut ke mall bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu takkan nak tinggal dekat rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 3-4-2023 01:58 AM
Dah tu takkan nak tinggal dekat rumah
Tinggal dekat nenek ke atau atuk la kot. Actually better tau kaka kalau shopping tanpa bebudak kecik, nak shopping pun aman gittew. Kalau bawak anak ni huru hara sebab budak2 tu bukan nak ikut kita jalan sangat pun, ada je akal dia bila dia naik bosan mengikut. Bila anak2 tak nak ikut jangan di paksa2, takpun sorang jaga anak2 dan tunggu dekat luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda insurance ke.Kedai tu untuk benda benda tak disangka camni. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 3-4-2023 02:04 AM
Tinggal dekat nenek ke atau atuk la kot. Actually better tau kaka kalau shopping tanpa bebudak kec ...
Kan dia kata shopping lepas berbuka. Dia berbuka denfan family area situ lah tu. Habis berbuka, singgah kejap tengok tengok barang kot ada nak beli. Tak kan berbuka nak tinggal anak anak |
|
|
|
|
|
|
|
mende tak diduga.. takutnya la kalo jadi kat iols.. semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
alahai ank pun...smpai 5k terbang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Artis2 kan kaya, celah gigi jer ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia hahahahahaha. Kena alert pasni, jgn bagi anak pegang2 apa painting. Pen/pencil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|