"Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotan ke atau stand (berdiri) di dinding untuk denda. Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding. Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora," katanya. Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid. Dalam pada itu, Diana menjelaskan dia tidak akan memaksa Aurora untuk bertemu Farid memandangkan anak perempuannya itu masuk dalam keadaan trauma disebabkan insiden tersebut. Kata Diana, Aurora sudah cukup besar untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri dan sebagai ibu dia tidak akan menafikan apa dirasakan oleh anak perempuannya. "Takkan saya nak paksa dia hanya untuk buat semua orang gembira? Sebenarnya Muhammad ada tanya jika dia boleh balik raya di Kedah pagi tadi tapi Aurora tanya adakah dia kena pergi sama. "Saya tak takut, Aurora dah lapan tahun, dia boleh bercakap sendiri. Kalau orang fikir saya yang suruh dia bercakap, sampai bila? Dia ada perasaan dan ambil masa berminggu untuk berhenti menangis bila kami sebut nama dia (Farid). "Kalau awak fikir ini perkara kecil, terpulang. Awak tak boleh nafikan bagaimana dia rasa," jelasnya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|