CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18251|Reply: 38

Insiden Petik Cili Bukan Sebab Minta Cerai, Diana Dedah Farid Mengamuk Sampai Polis Datang Rumah

[Copy link]
Post time 2-4-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon Diana Danielle menyangkal dakwaan dia memfailkan penceraian disebabkan insiden 'petik cili' seperti dikatakan oleh suaminya, Farid Kamil menerusi temu bual program Melodi pada Ahad.


Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, sebaliknya berkata, dia membuat permohonan itu dua hari sebelum kejadian tersebut malah perkara itu diketahui oleh Farid.


Malah kata pelakon filem Imaginur ini, Farid turut meminta dia meneruskan permohonan tersebut tanpa sebarang keraguan.


"Siapa kata insiden petik cili sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.


"Dia tahu, bukan tak tahu. Saya ada beritahu dia saya failkan perceraian. Dia kata pergilah malah suruh saya cepatkan. Sekarang apa? buat-buat keliru," katanya.




Diana membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada petang Ahad.


Insiden 'petik cili' merujuk kepada anak perempuannya Aurora, 8, yang masuk ke rumah jiran dan memetik cili daripada pokok tanpa izin.


Farid memberitahu sebagai bapa dia menegur sikap anaknya itu dan bertindak mendenda Aurora yang membuatkan Diana tidak berpuas hati.


"Apa yang berlaku, Aurora masuk ke rumah jiran dan petik pokok cili. Saya nampak, sebagai bapa saya cakap pada dia, Aurora awak buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang 'consider mencuri. Babah ajar ke, ibu ajar ke, siapa ajar dia buat macam itu. Dia kata tiada siapa yang ajar.






  



"Saya suruh kawan dia balik dan denda Aurora. Saya kata Aurora nak kena rotan ke atau stand (berdiri) di dinding untuk denda. Jadi, dia pilih untuk pergi ke dinding. Sedang dia jalani denda itu, Diana sampai dan dia tak puas hati dengan apa yang saya buat pada Aurora," katanya.


Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid.


Dalam pada itu, Diana menjelaskan dia tidak akan memaksa Aurora untuk bertemu Farid memandangkan anak perempuannya itu masuk dalam keadaan trauma disebabkan insiden tersebut.


Kata Diana, Aurora sudah cukup besar untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri dan sebagai ibu dia tidak akan menafikan apa dirasakan oleh anak perempuannya.


"Takkan saya nak paksa dia hanya untuk buat semua orang gembira? Sebenarnya Muhammad ada tanya jika dia boleh balik raya di Kedah pagi tadi tapi Aurora tanya adakah dia kena pergi sama.


"Saya tak takut, Aurora dah lapan tahun, dia boleh bercakap sendiri. Kalau orang fikir saya yang suruh dia bercakap, sampai bila? Dia ada perasaan dan ambil masa berminggu untuk berhenti menangis bila kami sebut nama dia (Farid).


"Kalau awak fikir ini perkara kecil, terpulang. Awak tak boleh nafikan bagaimana dia rasa," jelasnya.





Diana mendedahkan, pada hari kejadian, dia terpaksa menghubungi pihak polis bagi membawanya dan anak-anak keluar daripada rumah mereka dengan selamat memandangkan Farid mengamuk besar.


Dakwa Diana, Farid juga enggan membuka pintu ketika polis datang ke rumah mereka dan menunggu selama berjam-jam di hadapan kediaman mereka.


"Dia boleh buat perkara ini nampak kecil tapi apa yang saya nampak, amukan pada hari itu bukannya kecil. Kalau ia kecil kenapa waktu saya telefon polis untuk ambil kami di rumah itu, polis ketuk pintu dia tak buka?


"Mereka (polis) ketuk berjam dan menunggu saya untuk ambil anak-anak melalui pintu depan tapi sebaliknya kami panjat sebab dia enggan buka pintu, kenapa?," dedahnya lagi.




Menerusi perkongsian lain, Diana juga meluahkan seolah-olah sudah mengalah untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu itu.



"Menarik bagi setengah orang boleh buat permohonan maaf dengan lantang secara terbuka tapi tidak secara peribadi.



"Saya tidak minta apa-apa lagi dah, saya tak akan minta apa-apa lagi. Sudah," luahnya.



Pada sebutan kes penceraian pasangan itu pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.



Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.





Sumber: mStar,







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 06:43 PM | Show all posts
berapa punya panjang daaa, cuba bagi summary je
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 06:50 PM | Show all posts
eh.... aku tak leh la tengok mata dia macam nak kena sendal je kelopak mata dia.. setiap masa macam tu, semulajadi ke apa.

dah la poster movie sumpahsetan tu riak muka dia riang happy macam buat surprise.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Petik cili kisahnya.. dah mcm takde persefahaman. Elok la masing2 bwa haluan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 08:19 PM | Show all posts
@tatod
Nape semua thread retis hang dok bukak kt isu semasa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kan pasal petik cili pon boleh smpi trauma?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota: Tak kan pasal petik cili pon b ...


kan? mcmn ada isu lain je yg buat budak tu trauma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak dia tengking tu
Klu ckp elok elok x maunya trauma and ketakutan sampai gitu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:48 PM | Show all posts
abah mengamuk sbb sebenar nak marah ke ibu sebenarnya
ibu g filing for divorce
tgk2 anak plak ada buat silap
atas alasan nk disiplin anak
tengking amuk sampai budak tu trauma
dah sampai kena panggil pois
tidak lah marah biasa2 kena disiplin berdiri tepi dinding
selama ni abah mungkin baik jinak
tiba2 mengamuk
anak terus tergagam
lama2 okay tu

tapi udah bini mau cerai
apo nak pujuk2
if sebelum tu agree saja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh ini bukan pelakon utama pilem yg angkat2 tangan tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 11:33 PM | Show all posts
kena marah pun trauma, manja betoi budak2 sekarang.

elok kasi libas dengan tali pinggang or hanger,
baru ada kental dan jati diri
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp semua porumer yg komen kat atas ni mcm x membaca / malas baca smpai habis???

Insiden petik cili tu bkn sbb DD minta cerai. Ada something happend before tu smpai polis dtg ketuk pintu berejam tp fk xbuka. Dd still x dedahkan amukan mcm mana yg buat aurora trauma smpai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
But i yakin major isu sbb fk x responsible. Insiden smpai polis dtg tu just jd confirmation for her mmg nk cerai. I 100% sokong dd sbb masih muda n sgt cantik. Better cari yg lain. Jgn umur dah 50 baru nk menyesal. Cerai x dosa pon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Satni tgk2 ada plot twist.. Meratap sbb bini minta cerai tu sbln jer.. Pastu ada org lain yg sggup bg kaseh syg... Mu jgn jd mcm jerry gile jera dah la payed...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayo susah sgt nk ckp laki ko otak tak bape btol sbb obatan? Susah ke nak ckp nak selamatkan nyawa sendiri & anak? Pusing2 la korang bercakap. Netizen paham je la sbb FK pon pernah lempang King & tendang anu pak polisi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg benonye xpuas hati tu dh lama kan..mslh rmhtgga pn dh lama..dok pendam btahun2…petik cili tu trigger utk gunung berapi meletus je…tmbh lak kalo dia kacip aritu haha tp kalo polis dtg msti dia kne urine test kan..brsih la kot waktu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:47 AM | Show all posts
kisah rumah tangga biasa la tu..kalau da DD kata dia yg bayar sewa rumah..apa maksudnya?tanggungjawab culas la tu..perempuan berapa lama je boleh tahan kalau semua benda kena hadapa sendiri..baik la cari kebahagiaan sendiri..tengok hidup kawan2 senang & bahagia..DD pun berhak juga rasa kesenangan tu...angkat kaki la awal2 sementara masih laku ni...byk lagi lelaki yg boleh bahagiakan DD...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:06 AM | Show all posts
ramai je isteri2 yg senasib dgn dd ni kt luar sana..bila dah terlalu penat dan tawar hati..
no turning back..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:15 AM | Show all posts
Mohon admin bukak thread dan merge kat thread 'Siapa Artis/Influencer Cerai Hari Ini'.
Senang nak cerca kat situ lepas berbuka nanti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049556 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list