Ramadan tahun ini istimewa buat penyanyi dan komposer Harry Khalifah apabila isterinya Noormala selamat melahirkan anak kesembilan mereka secara normal di sebuah pusat perubatan pada pagi Ahad. Harry atau lebih mesra dengan panggilan Apak, 43, berkata, isterinya mengadu mengalami sakit perut sejak petang Sabtu sebelum selamat bersalin bayi lelaki mereka kira-kira pukul 3 pagi tadi. Penyanyi lagu Kasihnya Laila itu juga memberitahu meskipun ini adalah anak kesembilan mereka namun dia tetap mengalirkan air mata ketika menemani isteri di dewan bersalin. |
OyenLemas replied at 3-4-2023 05:55 AM
Anak itu amanah. moga lahirkan & menjaga amanah Allah ini sebaiknya
lifeline replied at 3-4-2023 10:00 AM
uiii dah 9....boleh dah tu slow down kikikiiki kasi wife rehat
tp kalo laki bini suka baby n anak2
t ...
ADVERTISEMENT